cara buat pau kukus

Cara buat pau kukus inti coklat sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan sukatan yang betul dan teknik menguli yang mudah, anda boleh hasilkan pau yang gebu, lembut serta berinti coklat yang meleleh dan sedap.

Kalau di rumah ada anak-anak yang cerewet memilih inti pau, inti coklat memang antara pilihan yang paling selamat. Rasanya manis, lembut dan disukai ramai. Malah, sekali buat biasanya tak sempat tunggu sejuk, terus habis dimakan!

Menariknya, resipi ini menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati di dapur. Ikut saja langkah demi langkah di bawah, pau dijamin akan naik cantik, gebu dan tidak berkedut selepas dikukus.

Baca juga: Resipi Tauhu Goreng Crispy ‘Viral’, Guna 4 Bahan Saja Tapi Rangup Macam Beli Dekat Gerai!

CARA BUAT PAU KUKUS INTI COKLAT

cara buat pau kukus

Bahan-bahan:

  • ½ cawan air suam
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan yis segera
  • Untuk doh
  • 5 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan marjerin
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 240 ml air (ikut kesesuaian tepung)
  • Inti coklat secukupnya
  • Kertas alas pau atau cawan kertas

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan air suam, gula dan yis di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati, kemudian biarkan selama lebih kurang 10 minit sehingga yis berbuih dan mengembang.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, marjerin dan susu pekat. Gaul dan ramas sehingga teksturnya menjadi seperti serbuk roti.
  3. Tuangkan bancuhan yis yang telah mengembang ke dalam adunan tepung. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga doh menjadi lembut, licin dan tidak melekat di tangan. Proses menguli mengambil masa sekitar 10 minit.
  4. Bahagikan doh kepada bebola seberat kira-kira 40 gram setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Leperkan doh, letakkan inti coklat secukupnya di tengah, kemudian tutup kemas dan bulatkan semula. Letakkan di atas kertas alas pau atau cawan kertas.
  6. Susun doh di dalam dulang dan biarkan mengembang selama lebih kurang 30 minit atau sehingga saiznya hampir berganda. Tempoh ini bergantung pada cuaca dan keadaan persekitaran.
  7. Sementara itu, panaskan kukusan dengan api sederhana sehingga air mendidih. Balut penutup kukusan dengan kain bersih supaya titisan air tidak jatuh ke atas pau.
  8. Kukus pau selama 5 hingga 6 minit sahaja. Setelah masak, angkat dan biarkan seketika sebelum dihidangkan.

Pau inti coklat ini memang sedap dimakan ketika masih suam dengan secawan teh atau kopi. Kalau nak lebih variasi, anda juga boleh gantikan inti coklat dengan inti kacang merah, kelapa, kaya atau kastard mengikut citarasa keluarga.

Sumber: Yong Anisah Yaacob

Baca juga: Rahsia Roti Coklat Chip Yang Lembut & Gebu Gebas, Ada 1 Bahan ‘Ajaib’ Kena Letak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN