Adakah anda sering membawa keluarga ke kedai tomyam? Kalau anda sukakan masakan panas, mesti sekali-sekala anda akan teringin untuk mengetahui Resipi Daging Masak Merah.
Daging yang lembut dan garing disalut dengan rasa masam, manis dan pedas, membangkitkan selera mereka yang merasa. Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Selepas ini anda tak perlu keluar rumah ke kedai tomyam lagi dah. Anda boleh cuba buat sendiri resipi yang dikongsikan oleh Wan LuQman di Facebook ini.
Warna daging yang kemerah-merahan tu yang buat ramai tak tahan. Tengok pun boleh terliur. Sebenarnya ada rahsia macam mana nak dapatkan merah macam tu.
Baca juga: Rahsia Daging Masak Hitam Berempah Padu, Kena Perap Dulu Dengan ‘Bahan Ini’
RESIPI DAGING MASAK MERAH
Bahan-bahan
- 100g daging
- 1 sb sos tiram
- 2 sb sos cili
- 1½ sb sos tomato
- 1 sk nampla
- Cili padi
- Bawang putih
- Bawang Holland
- Capsicum
- Sos Labu/Pewarna
Cara-cara:
1. Rebuskan daging bersama dengan cecair pewarna tadi. Rebus dalam 15 hingga 20minit sehingga lembut.
2. Lepas rebus, rehatkan daging tu sekejap biar dia kering dan sejuk sikit. Baru hiris nipis-nipis.
3. Tumis bawang putih dan cili padi.
4. Kemudian, masukkan daging yang telah dihiris.
5. Masukkan sos tomato.
6. Masukkan sos cili.
7. Masukkan sos tiram berserta nampla.
8. Masukkan sedikit sos labu untuk bagi kuah tu lebih kemerah merahan.
9. Masukkan air dalam 10 sudu besar. Kalau nak kuah lebih, lebihkan air. Nanti kena ubah balik sos-sos tadi.
10. Akhir sekali masukkan bawang dan capsicum. Lepas masukkan bahan ini, masak dengan api kuat sekejap bagi sekata. Angkat dan siap!
Sesetengah orang sukakan kuah yang pekat dalam Resipi Daging Masak Merah. Ada juga yang suka hirup kuah yang cair.
Jadi, terpulang pada cara masing-masing untuk nikmati hidangan. Paling penting, sedap! Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Wan LuQman
Baca juga: Daging Goreng Ketumbar Cara SIMPLE, Tinggal Perap Dan Terus Goreng!