resepi daging kicap

Resepi daging kicap adalah salah satu menu yang simple tapi sangat sedap dan membangkitkan selera.

Masakan daging ini juga sesuai untuk seisi keluarga bukan saja orang dewasa, malah rasa manis kicapnya juga pasti akan disukai oleh kanak-kanak.

Mari kita ikuti resepi daging masak kicap simple yang telah dikongsikan oleh Che Wanie di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit, Tetap Lembut & Berjus Walaupun Bukan Batang Pinang!

RESEPI DAGING KICAP MANIS PEDAS

Bahan-bahan:

  • Minyak masak
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Sos tiram
  • Kicap manis pedas Mahsuri
  • Sos cili
  • Daging
  • Cili benggala (bahan hiasan)
  • Tomato (bahan hiasan)
  • Garam
  • Secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rebus daging sehingga lembut.
  2. Tumbuk atau mayang bahan bertanda (*).
  3. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk/mayang tadi.
  4. Bila dah naik bau dan bahan garing, masukkan sos tiram, kicap manis pedas mahsuri, sos cili dan juga daging bersama air lebihan lebusan tadi.
  5. Kacau sebati sekejap.
  6. Masukkan bahan-bahan hiasan jika suka.
  7. Perasakan dengan garam dan secukup rasa, kacau sebati dan siap!

Selamat mencuba!

resepi daging kicap

Kredit resipi dan gambar: Che Wanie

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Rose, Resipi Dari Tukang Masak Sendiri. Pasti Sedap & Menjadi!

Baca juga: Resipi Sup Daging Ori Thai. Kena Letak Satu Bahan Ini Baru Rasa Lagi ‘Kick’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN