Resipi Chicken Salad ini sangat sesuai untuk anda yang mahu berdiet. Rasanya juga sangat sedap sampai hari-hari makan pun tidak akan terasa muak. Confirm kurus ni kalau makan hari-hari.
Cara membuatnya juga sangat mudah dan tidak rumit. Ikut sahaja resipi lengkap di bawah yang merupakan perkongsian oleh Nabihah Azhar. Semoga bermanfaat!
Resipi Chicken Salad Yang Sedap
1. Ambil isi ayam. Potong kecil2 ikut suka hati bentuk apa pun.
2. Perap ayam dengan Paprika, Black Pepper & Cajun.
3. Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut selera masing-masing.
4. Hidang ayam grill tadi atas salad.
5. Tabur cherry tomatoes.
6. Letak telur rebus. (cara rebus telur : biar air mendidih. rebus selama 10 minit)
7. Akhir sekali, dressing dengan Kewpie dressing.
Selamat mencuba!
Kredit: Nabihah Azhar