bihun sup chinese style

Cuaca hujan macam ni sedapnya kalau dapat makan makanan yang berkuah seperti bihun sup chinese style ini.

Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga tersangatlah mudahTapi hasilnya sangat memuaskan hati. Jom cuba masak dengan menggunakan resipi di bawah.

Cara Buat Bihun Sup Chinese Style

Bahan-bahan:

  • Bihun (celur)
  • Udang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sawi jepun
  • Kiub ayam
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili api merah & hijau
  • Chili flakes
  • Cuka
  • Kicap cair

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih cincang sampai perang. Angkat separuh sekali minyak (bawang putih dalam minyak). Separuh lagi biarkan dalam periuk.
  2. Masukkan air dalam periuk, didihkan. Masukkan kiub ayam, fish ball, udang. Kalau kurang masin boleh tambah garam. Renehkan beberapa minit. Siap kuah!
  3. Goreng fish cake dan potong.
  4. Celurkan sawi dalam air panas. Celurkan bihun dalam air panas.
  5. Cili : Kicap cair + cili api yang dipotong + cuka sikit.
  6. Boleh dihidangkan bersama bawang putih dalam minyak tadi, tabur cili flakes sikit.

Selamat mencuba!

Kredit: Ikin Rahman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN