tip pilih daun limau purut

Rupa-rupanya, daun limau purut juga mempunyai banyak bentuk dan ia memberi kesan dalam masakan. Ini tip pilih daun limau purut supaya masakan tidak mempunyai rasa pahit. 

Menggunakan daun limau purut dalam proses memasak sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia. Aroma yang dihasilkan oleh daun limau purut amat sesuai untuk menyempurnakan tomyam, paprik, rendang, masakan Thai, kerabu, malah ada yang menambah kepingan daun limau purut pada bihun goreng.

Baca juga: Lebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu, Lelaki Ini Kongsi TIP

Nasrah Zamzam ketika berkongsi maklumat di laman Facebooknya menjelaskan daun limau purut terdapat dalam beberapa bentuk, dan ini sebagai cara memastikan daunnya tidak memberi rasa pahit kepada hidangan yang dimasak.


TIP PILIH DAUN LIMAU PURUT YANG TIDAK PAHIT

tip pilih daun limau purut

Mesti ramai yang tidak tahu bahawa daun limau purut mempunyai pelbagai bentuk dan jenis. Ada daun limau purut yang jenis besar, ada juga yang jenis kecil.

Untuk mengelakkan masakan rasa pahit disebabkan tersalah pilih daun limau, anda boleh pilih daun yang berbentuk angka lapan dan elakkan daun berbentuk lebar.

1. Buang urat tengah daun

Selain memilih bentuk daun limau, anda juga digalakkan untuk membuang urat tengah daun sebelum meletakkan dalam masakan. 

Urat daun ini bukan sahaja menganggu rasa masakan, malah ia juga memberikan rasa yang agak pahit.

2. Masuk daun limau purut di akhir masakan

Bagi anda yang menyukai aroma daun limau purut, anda boleh memasukkan daun limau purut pada minit terakhir masakan anda. Ini juga merupakan petua untuk mengelakkan daun dimasak dalam tempoh yang lama dan rasa pahit keluar dari daun limau purut.

3. Hiris kecil-kecil

Anda boleh mencuba memotongnya dengan saiz yang agak nipis dan kecil. Pastikan membuang dulu urat tengah, kemudian masukan dalam masakan, pasti anda boleh memakannya tanpa ada rasa gangguan.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Nasrah Zamzam

Baca juga: 11 Jenis Limau Mandarin Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Beli Dan Cara Pilih Buah Yang Manis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN