resipi ayam gulung seaweed

Teringin sesuatu hidangan yang mudah tetapi sedap untuk makan malam? Jom cuba resipi ayam gulung seaweed! Kombinasi daging ayam kisar yang lembut dengan rumpai laut (seaweed) yang rangup di luar, ditambah dengan rasa pedas manis dari dipping sauce, pasti buat anda tidur sambil tersenyum.

Tambahan lagi, bagi memastikan gulungan seaweed tidak menyerap terlalu banyak minyak dan tetap rangup di luar, pastikan minyak cukup panas dan tidak berlebihan.

Jom  baca resipi lengkap di bawah perkongsian oleh Cik Puan Nur Aisyah.

Baca lagi: Resipi Kari Ayam Padu Dari Biasa, Rupanya Kena Perap Dengan Bahan Rahsia

RESIPI AYAM GULUNG SEAWEED

Bahan-bahan ayam:

  • 400g – 500g ayam kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  •  Minyak bijan
  • Garam
  • Sesudu kecil black pepper
  • 1 sudu teh white pepper dan cayenne pepper (optional)
  • 1 biji telur
  • Tepung jagung
  • 5 ulas bawang putih cincang

Bahan salutan:

  • Tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 100ml – 150ml air
  • 4 – 6 helai nori (seaweed)
  • Sos cili (untuk mencicah)

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, dalam mangkuk besar, masukkan ayam kisar, sos tiram, minyak bijan, garam, black pepper, white pepper (jika digunakan), cayenne pepper (jika digunakan), telur, tepung jagung, dan bawang putih cincang.

2. Gaul rata semua bahan hingga sebati. Kemudian, biarkan adunan ini diperap sekejap supaya rasa lebih meresap ke dalam ayam.

3. Dalam mangkuk kecil, campurkan tepung jagung dan tepung gandum. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi pekat dan tidak terlalu cair. Salutan ini akan membantu gulungan seaweed melekat dengan baik semasa digoreng.

4. Ambil piping bag (beg paip) dan masukkan campuran ayam ke dalamnya. Paipkan adunan ayam di atas helai nori (seaweed), ratakan sepanjang helaian tersebut.

5. Kemudian, gulung nori dengan kemas, pastikan ayam terbungkus rapat. Sapu sedikit salutan tepung pada hujung nori untuk ‘mengamkan’ gulungan supaya tidak terbuka semasa digoreng.

6. Setelah digulung, gunting gulungan seaweed mengikut saiz yang diinginkan. Anda boleh memotongnya dalam bentuk kecil-kecil supaya mudah dimakan atau lebih besar jika mahu hidangan yang lebih padat.

7. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Sebelum menggoreng, sapukan sedikit lagi bahan salutan pada setiap gulungan seaweed.

8. Goreng gulungan ini hingga warna menjadi golden brown, sekitar 3-5 minit. Pastikan kedua-dua belah digoreng dengan rata.

9. Setelah gulungan seaweed masak, angkat dan toskan minyak berlebihan. Hidangkan Chicken Seaweed Rolls ini dengan sos cili pedas manis sebagai pencicah.

Sumber: Nur Aisyah

Baca lagi: Sandwich Telur Rebus Paling Simple, Bahan Ringkas Tapi Rasa Premium!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN