resepi wrap ayam

Kalau anda mencari hidangan ringkas yang mengenyangkan dan tak perlu banyak masa untuk disediakan, jom cuba resepi wrap ayam keju bawang putih ini.

Resipi ini sesuai untuk hidangan makan tengah hari, makan malam atau bekal untuk dibawa ke sekolah atau pejabat.

Malah, ia juga boleh dijadikan snek ringan untuk dinikmati pada bila-bila masa. Jadi, apa tunggu lagi? Jom lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Resipi Wrap Telur Rangup & Sedap, Nampak Ringkas Tapi Sangat Mengenyangkan!

RESEPI WRAP AYAM KEJU BAWANG PUTIH

resepi wrap ayam

Bahan-bahan perapan ayam bawang putih:

  • 800 gm isi ayam
  • 1 sb paprika
  • 1 sk steak spice
  • 1 sk serbuk kari ayam/ daging
  • 1 sk serbuk cili
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sb gula perang
  • 2-3 sk garam
  • 1 sk garlic powder

Cara-cara buat perapan ayam bawang putih:

  1. Perap ayam selama 30.
  2. Selepas perap, bakar ayam atas pan.
  3. Sapu minyak sambil dibakar.

Bahan garlic cheese sauce:

  • 3 sb butter
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 keping keju
  • 1 sk onion powder
  • 1 sk parsley kering

Cara buat garlic cheese sauce:

  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan susu cair, keju, parsley dan onion powder.
  3. Kacau dengan api kecil hingga sedikit pekat.
  4. Masukkan ayam dan gaul rata.

Bahan lain:

  • 5 keping wraps
  • Tomato – didadu
  • Salad – hiris
  • Soso cili
  • Mayonis

Cara balut wrap:

  1. Ambil sekeping wraps.
  2. Mula-mula letakkan salad secukupnya.
  3. Kemudian, susunkan ayam di atas salad.
  4. Letak pula tomato.
  5. Akhir sekali, letakkan sos cili dan mayonis.
  6. Balut dengan kemas dan sedia untuk dihidangkan.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: Wan Juliana Wan Mat

Baca juga: Resipi Wholemeal Wrap Guna Daging Burger, Semudah ABC!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN