Korean garlic cheese bread pernah menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dahulu. Mungkin anda salah seorang yang pernah mencubanya dan menikmati keenakannya. Namun, mungkin ada juga yang belum pernah merasainya.
Jadi, inilah masanya untuk anda mencuba membuatnya sendiri di rumah. Jangan risau, anda tidak perlu bersusah payah menguli doh kerana resipi ini menggunakan roti burger yang mudah didapati di mana-mana pasar raya. Jom kita cuba!
Baca juga: Resipi Roti Celup Telur Sardin, Anak-Anak Cakap Sedap Tak Tipu!
RESEPI KOREAN GARLIC CHEESE BREAD
Bahan roti:
- Roti burger (1 pek, 10 biji, belah 6 bahagian)
Bahan cream cheese:
- 250g cream cheese (Jenama Tatura)
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 50g dairy whipping cream
Bahan sos garlic:
- 100g pure butter
- 1 labu bawang putih cincang
- 2 sudu besar mayonis
- 1 biji telur gred A
- Sedikit parsley kering
Cara-cara:
1. Cream Cheese:
- Pukul cream cheese, susu pekat manis dan dairy whipping cream hingga sebati.
- Masukkan campuran cream cheese ke dalam piping bag.
2. Garlic Sauce:
- Cairkan butter dalam mangkuk, tunggu hingga suam.
- Masukkan bawang putih cincang, mayonis, telur dan parsley kering. Kacau hingga sebati.
3. Penyediaan Roti:
- Panaskan oven pada suhu 170°C.
- Paipkan cream cheese ke dalam setiap penjuru roti.
- Celupkan roti yang sudah diisi cream cheese ke dalam mangkuk garlic sauce.
- Bakar roti dalam oven selama 15 minit.
4. Siap dan sedia untuk dinikmati!
Kredit: Nurha Muhammad
Baca juga: Roti Nak Expired? Jom Buat Cucur Roti Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam