Hidangan dessert merupakan salah satu menu yang menjadi pilihan ramai terutamanya buat penggemar makanan manis. Bukan itu sahaja, dengan cuaca yang panas ini lagi best kalau dapat pekena Trifle Cake, kecur air liur dibuatnya! Jadi jom kita cuba resepi Trifle Cake yang dikongsikan oleh Saufi Ramli di Facebook. Selamat Mencuba!

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Dessert

TAHAP KESUKARAN

Mudah

Resepi Trifle Cake Buah Buahan

Bagi penggemar makanan manis, hidangan dessert merupakan sesuatu yang sangat diidamkan. Lagi-lagi kalau cuaca tengah panas jadi semestinya dessert adalah pilihan yang menarik, kecur air liur dibuatnya bukan. Jadi apa kata kita cuba resepi Trifle Cake yang dihidangkan dengan buah-buahan dan susu Ideal. Resepi ini dikongsikan oleh Saufi Ramli di Facebook. Selamat Mencuba!

Kredit: Saufi Ramli

BAHAN-BAHAN
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 1 tin buah-buahan dalam tin
  • 1 kotak jelly crystal powder
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 4 sudu besar gula (kalau nak manis boleh lebihkan gula sikit)
CARA PENYEDIAAN
  • Susun kek tadi dalam bekas. Pastikan tiada lubang-lubang. Kalau ada pandai-pandai la cubit lebihan kek dan tampung kat tempat yang ada lubang tu. Pastu tekan-tekan sikit supaya mampat.

  • Asingkan buah-buahan dalam tin dari airnya. Ambil air buah-buahan tadi dan renjis dekat kek tadi supaya lembab-lembab.
  • Dalam periuk masukkan 1 tin susu sejat Ideal tadi. Pastu sukat air dalam tin susu tadi. Guna 1 tin air. Kemudian masukkan gula dan tepung kastard. Guna hand whisk, kacau-kacau supaya semua sebati dan tepung kastard tidak berketul. Kemudian baru masakkan atas api yang kecil. Kacau sentiasa sampai ada letupan kecil tu baru tutup api.
  • Kemudian tuang kastard tadi atas kek gulung tadi dan ratakan. Agak-agak kastard dah hampir nak keras baru susun buah-buahan atas kastard tu. Pastikan tekan sikit buah-buahan tu supaya nanti bila tuang jelly buah tu tak timbul.
  • Selesai semua tu ketepikan dan masak jelly tadi. (Ikut cara-cara masak dekat kotak jelly tu) sebab lain jenama lain sukatan air dia.
  • Bila dh masak jelly tu tuang ke atas kastard buah-buahan tadi. Tuang dengan perlahan. Lagi elok kalau sendukkan sedikit demi sedikit. Dah siap tu simpan dalam peti sejuk kasi sejuk dulu. Lepastu bolehlah makan. Selamat Mencuba.

Kredit: Saufi Ramli

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN