resepi tomyam tanpa pes

Resepi tomyam tanpa pes ini merupakan cara yang digunakan oleh orang tua lama. Maklumlah, zaman dulu tak ada jual pes-pes segera macam zaman sekarang.

Jika anda cuba resipi ini, pasti teringat akan zaman kecil di kampung. Memang mengimbau kenangan!

Kalau ada yang nak cuba, NurulAin Alaui ada berkongsikan resipi tomyam tanpa pes di bawah. Menurutnya, anak-anak beliau sangat menggemari tomyam versi ini.

Jadi, kalau nak tahu sedap ke tidak, jom kita sama-sama cuba masak nanti!

Baca juga: Cara Buat Sambal Belacan Tomyam Padu, Resipi Ori Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!

RESEPI TOMYAM TANPA PES VERSI TUMIS

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 1 biji (potong 4)*
  • Bawang putih 2 ulas (ketuk satu kali saja guna lesung)*
  • Serai (ketuk)*
  • Daun limau purut*
  • Tomato (potong dadu)*
  • Cili api (ketuk)*
  • Limau nipis
  • Ayam (potong kecil)
  • Sayur (carrot, cauliflower, kubis, cendawan)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk.

2. Masukkan bahan bertanda (*). Tumis sehingga kesemuanya layu.

3. Kemudian baru masukkan air. Biarkan sehingga menggelegak.

4. Bila air dah menggelegak, masukkan ayam.

5. Renehkan sehingga ayam betul-betul masak.

6. Seterusnya masukkan sayur-sayuran yang disukai.

7. Perahkan juga limau nipis serta masukkan garam dan perasa secukup rasa.

8. Boleh taburkan daun ketumbar jika suka.

9. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih, telur dadar, sambal belacan dan timun. Selamat mencuba!

resepi tomyam tanpa pes

Kredit resipi dan gambar: NurulAin Alaui

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Versi Thailand, Sangat Mudah & Menyelerakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN