resepi tomyam campur

Resepi tomyam campur ala kedai Thailand ini memang padu, tak payah susah-susah pergi kedai. Selain itu, resipi ini juga tak perlu kisar atau tumis. Cuma campak semua bahan dalam periuk, sekejap saja dah siap!

Hidangan ini lagi menyelerakan bila dinikmati waktu hujan. Bayangkan, cuaca sejuk sambil menikmati tomyam panas yang pedas. Lagi sedap kalau dimakan dengan telur dadar yang gebu! Jika ada yang berminat untuk mencuba, boleh rujuk resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!

RESEPI TOMYAM CAMPUR ALA KEDAI SIAM

resepi tomyam campur

Bahan-bahan:

  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Serai
  • Akar ketumbar
  • Daun limau purut
  • Isi ayam
  • Pes tomyam
  • Thai cili paste
  • Lobak merah
  • Sotong
  • Udang
  • Susu cair
  • Sos sotong
  • Cili yang diketuk
  • Tomato
  • Cendawan
  • Daun ketumbar

Cara memasak:

  1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan bawang holland, bawang putih yang diketuk, lengkuas, serai, akar ketumbar dan daun limau purut.
  2. Kemudian, tambahkan juga isi ayam.
  3. Selepas bahan-bahan tadi sudah mendidih dan mengeluarkan aroma yang harum, letakkan pes tomyam dan thai chili paste.
  4. Seterusnya, masukkan lobak merah, sotong dan udang.
  5. Letakkan juga susu cair dan sos sotong.
  6. Tambahkan juga cili yang diketuk jika suka pedas.
  7. Jangan lupa letakkan tomato yang sudah dibelah empat.
  8. Jika suka, boleh juga tambahkan cendawan.
  9. Kacau sebati sehingga semua bahan bercampur mesra.
  10. Akhir sekali taburkan dengan daun ketumbar.
  11. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Dea Noorfaizura

Baca juga: Cara Buat Sambal Belacan Tomyam Padu, Resipi Ori Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN