resepi tepung pelita

Mudah saja resepi tepung pelita rupanya. Kuih ini sangat popular dan menjadi kegemaran ramai setiap kali tiba bulan Ramadan.

Walaupun kuih ini mudah didapati dan ramai yang menjualnya, namun semakin lama harganya semakin mahal.

Oleh itu, ada baiiknya jika kita belajar buat sendiri kuih tepung pelita menggunakan resipi di bawah. Satu adunan boleh dapat 25 bekas, baru boleh makan puas-puas!

Untuk membuatnya juga tidaklah sukar mana. Bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada di kebanyakan rumah. Jom sama-sama cuba!

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Kuih Seri Muka Arwah Mak, Terasa Nostalgia Orang Dulu-Dulu

RESEPI TEPUNG PELITA

Bahan lapisan bawah (hijau):

– 1 cawan tepung beras
– 1 cawan gula
– 5 cawan air pandan (kisar 7 helai pandan dan tapis)
– 1 sdt air kapur
– Sedikit pewarna hijau

Cara membuat:

1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati sampai tiada bintil tepung

2. Gunakan api perlahan, masak sehingga adunan meruap, pekat dan meletup-letup.

3. Tutup api kemudian tuang ke dalam bekas kecil. Ketepikan.

Bahan lapisan atas (kepala santan):

– 1/2 cawan tepung beras
– 4 cawan santan
– Garam secukup rasa

Cara membuat:

1. Cara masak sama seperti lapisan hijau. Satukan kesemua bahan/sebatikan (tiada bintil tepung).

2. Masak sehingga meruap, pekat dan meletup letup. Sentiasa dikacau ya.

3. Tutup api. Tuang adunan ke atas lapisan hijau tadi.

4. Sejukkan kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk

Nota: Adunan ini dapat 25 bekas dadih 4oz

resepi tepung pelita

Sumber resipi dan gambar: Mas Cotek via Berkongsi Ilmu Kuih dan Masakan (BIKMM)

Baca juga: Tips Permukaan Kuih Lapis Licin Sempurna, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN