Jom cuba resepi donut gebu ini. Teksturnya yang lembut menjadikan ia snek kegemaran ramai tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa.

Biasanya untuk menghasilkan donut yang gebu memakan masa yang lama. Hal itu kerana, adunan perlu direhatkan seketika sehingga ia kembang.

Namun begitu, resipi ini berbeza kerana anda tidak perlu rehatkan doh. Selepas siap menguli doh, boleh terus menggoreng donut tersebut.

Untuk mengetahui caranya dengan lebih lanjut, mari ikuti resipi perkongsian oleh Puan Shima Chym di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang

CARA BUAT DONUT GEBU TANPA PERAP

Bahan-bahan A:

  • Yis 2 sudu besar
  • Susu pekat 2 sudu besar
  • Air suam 3/4 cawan
  • Garam 1 sudu teh

Bahan B:

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan A dan biarkan campuran yis menjadi kembang.

donut gebu

2. Sambil itu, gaulkan semua bahan B iaitu marjerin dan tepung gandum. Gaul guna tangan sahaja.

3. Kemudian, campurkan bahan A dan bahan B tadi.

4. Uli menggunakan tangan sehingga adunan tidak melekat pada tangan.

5. Bulat-bulatkan doh menjadi lebih kecil. Buat lubang kecil menggunakan jari di tengah-tengah doh.

donut gebu

6. Apabila sudah siap, boleh teus menggoreng di dalam minyak.

7. Setelah siap digoreng, salutkan dengan gula atau coklat mengikut selera masing-masing.

8. Selamat mencuba!

donut gebu

Kredit resipi dan gambar: Facebook Shima Chym

Baca juga: 5 Resipi Donut Viral Yang Sedap & Menarik, Buat Jual Pasti Laku Keras

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending