kuih lapis

Kalau suka makan kuih lapis, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Baru lebih puas hati dan berbaloi-baloi berbanding beli di kedai.

Selain itu, anda juga boleh ubah suai tahap kemanisan mengikut cita rasa. Ada yang suka manis dan ada yang tidak suka manis.

Jika ada yang mahu mencuba resepi kuih lapis serta petua permukannya yang cantik, boleh ikut cara dan tips yang dikongsi oleh Ani Nain di bawah.

Baca juga: Cara Buat Kuih Puteri Mandi Guna Sukatan Cawan, Ikut Resipi Ini Dijamin Tak Liat!

RESEPI KUIH LAPIS & TIPS PERMUKAAN LICIN

Bahan-bahan A:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan pekat

Bahan-bahan B:

  • 1 ¼ cawan gula pasir (tak suka manis boleh kurangkan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara:

1. Campur kesemua bahan B ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut. Apabila gula sudah larut, padam api dan biarkan adunan suam.

2. Satukan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B tadi ke dalam bahan A. Kacau lagi dan tapiskan.

3. Bahagikan adunan yang sudah ditapis tadi kepada dua bahagian. Letakkan warna yang disukai.

4. Didihkan air kukusan. Sambil itu, sapukan minyak pada loyang dan lapik dengan plastik. Sapukan juga minyak pada plastik yang sudah dilapik pada loyang.

5. Kemudian, tuangkan adunan selapis demi selapis, pastikan selang seli di antara dua warna. Setiap lapisan perlu dikukus selama 5 minit sebelum tuang lapisan seterusnya.

6. Bagi lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. 

Tips permukaan kuih licin:

  • Guna santan segar yang baru diperah, bukan santan kotak
  • Pastikan air betul-betul mendidih sebelum mula mengukus
  • Guna api sederhana semasa sedang mengukus kuih

Kredit resipi dan gambar: Kasih Nazihah, Kasih Nazihah

Baca juga: Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN