resepi sup tulang

Hari Raya Haji bakal tiba tidak lama lagi. Setelah daging diagihkan, pastinya semua keluarga akan memasak pelbagai hidangan daging. Namun begitu, jika tiada idea nak masak apa, resepi sup tulang ini boleh dijadikan rujukan.

Mari kita lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Aisyah Humaira di bawah. Menurutnya, resipi ini super mudah dan sangat lazat!

Baca juga: Resipi Daging Masam Manis, Ini Tips Daging Cepat Empuk

RESEPI SUP TULANG & DAGING

Bahan tumis:

  • 6 biji bawang merah dihiris (bawang kecil)
  • 3 ulas bawah putih dicincang halus
  • 5 keping hirisan halia

Bahan-bahan lain:

  • 1 kg setengah anggaran daging campur tulang dan dicuci bersih
  • 2 pek kecil rempah sup Adabi
  • Daun sup secukupnya
  • 1 batang saderi dihiris
  • 2 sudu perahan limau nipis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
  • Secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang garing. Perlahankan api, masukkan 1 peket rempah sup kacau sebati dan terus masukkan air.

2. Masukkan daging dan tulang kacau sebati. Lebihkan air supaya lebih sedap sebab nanti akan kurang kerana tempoh daging untuk empuk/masak agak lama.

3. Masukkan garam, gula dan aji secukup rasa dan biarkan daging mereneh dengan api paling perlahan hingga daging lembut. Anggaran dalam 30-40 minit. Jika air kurang sila tambah lagi.

4. Daging dah masak boleh taburkan daun sup, sederi, hirisan tomato dan cili padi.

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Gulai Daging Buku Besar Ala Kenduri Kahwin, Sangat Nostalgia!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN