sotong rebus

Penggemar makanan laut seperti sotong wajib cuba resipi sotong rebus limau nipis ala Thai ini. Ada orang lebih suka kukus kerana jika direbus, katanya akan berbau hanyir.

Tetapi jangan risau, kalau ikut resipi perkongsian oleh Fienaz Shafie ini, sotong dijamin akan lebih wangi dan tidak hanyir sama sekali!

Baca juga: Buat Sendiri Sotong Bakar Macam Di Kedai, Sama Sedap & Lagi Jimat

SOTONG REBUS LIMAU NIPIS ALA THAI

Bahan-bahan:

  • 6 ekor sotong

Bahan rebus:

  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • Daun ketumbar jawa
  • Daun limau purut
  • 500ml air

Bahan kuah limau:

  • 15 biji cili padi merah & hijau (blend kasar)
  • 15 ulas bawang putih (blend kasar)
  • 1 inci halia (blend kasar)
  • 5 sb jus limau nipis
  • 1 biji limau nipis
  • 1 batang serai dihiris nipis
  • 2 sb thai fish sauce
  • 2 sk garam
  • 2 sb gula Thai / gula nisan

Cara-cara:

1. Rebus sotong bersama semua bahan rebus yang dinyatakan di atas. Rebus seketika sehingga sotong masak, jangan terlalu lama nanti sotong keras.

2. Angkat sotong dan susunkan ke dalam pinggan. Jangan buang air rebusan, akan diguna semula untuk membuat kuah limau.

3. Kisar kasar cili padi merah dan hijau, bawang putih dan halia. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan sotong tadi.

4. Masukkan perahkan jus limau nipis serta letakkan bahan-bahan kuah yang lain. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.

5. Kemudian curahkan kuah limau ke atas sotong yang sudah direbus tadi. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Fienaz Shafie

Baca juga: Rahsia Kari Sotong Pekat Tanpa Guna Santan, Ini Cara Memasaknya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN