resepi sup telur suhun

Resepi sup telur suhun adalah hidangan yang mudah disediakan dengan bahan-bahan yang biasanya sudah ada di dapur. Selain itu, ia juga tidak memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.

Sup ini mempunyai rasa yang ‘ringan’, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur. Tambahan pula, ia juga boleh diubah suai mengikut citarasa individu. Contohnya, anda boleh menambahkan lebih banyak lada hitam untuk rasa yang lebih pedas.

Menu ini sesuai untuk mereka yang mahu memasak menu yang ringkas dan cepat disediakan. Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi di bawah hasil perkongsian oleh Puan Norashikin Ismail.

Baca juga: Cara Masak Sup Bebola Sayur Campur Mudah & Sedap, Anak-Anak Berebut Makan!

RESEPI SUP TELUR SUHUN

Bahan-bahan:

  • Bawang merah dan bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit lada putih atau lada hitam serbuk
  • Isi ayam (jika ada)
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Jagung muda
  • Suun
  • Telur
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Kiub bilis

Cara memasak:

  1. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan sedikit keperangan.
  2. Masukkan sedikit lada putih atau lada hitam serbuk.
  3. Jika menggunakan isi ayam, masukkan ayam terlebih dahulu dan biarkan ia masak sedikit.
  4. Tambahkan air secukupnya.
  5. Masukkan kentang dan lobak merah, biarkan mendidih dan masak.
  6. Selepas itu, masukkan jagung muda dan perasakan dengan kiub bilis.
  7. Apabila kentang dan lobak merah telah masak, pecahkan telur ke dalam sup dan masukkan suun.
  8. Akhir sekali, tutup api dan taburkan bawang goreng serta daun sup.

Hidangan ini sesuai untuk seisi keluarga dan boleh dinikmati bersama nasi panas. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Norashikin Ismail

Baca juga: Resipi Sup Tauhu Telur Yang Mudah Yakmat, 5 Minit Dah Siap Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN