resepi apam gula hangus

Buat peminat kuih atau kek yang berasaskan gula hangus, jom cuba resepi apam gula hangus ini pula. Apam ini boleh dikatakan kuih tradisi kegemaran orang-orang lama.

Kuih ini sangat lembut, tidak terlalu manis dan cair di mulut. Makan satu memang tak cukup! Sekelip mata saja boleh habis dimakan.

Kalau ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh Puan Nadirah Mahamad di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Apam Kampung Terlajak Gebu, 1 Adunan Boleh Buat Macam-Macam Perisa

RESEPI APAM GULA HANGUS KUKUS

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 1 ½ cawan
  • Minyak ½ cawan*
  • Majerin 2 sudu*
  • Soda bikabornat 1 sudu kecil*
  • Susu pekat 2 sudu*
  • Telur 2 biji*
  • Air panas 1 cawan untuk gula hangus
  • Gula 1 cawan 

Cara-cara:

  1. Masukkan gula ke dalam kuali, kacau sehingga perang (pastikan api perlahan dan sentiasa kacau).
  2. Tunggu gula dah perang masukkan air panas, kacau sehingga sebati (besarkan api).
  3. Satukan kesemua bahan yang bertanda (*) ke dalam pengisar dan kisar.
  4. Masukkan gula hangus, sambung kisar sehingga sebati.
  5. Masukkan pula tepung, kisar sebati.
  6. Akhir sekali tuangkan adunan ke dalam acuan. Kukus selama 15 hingga 20 minit. Siap!

Kredit resipi dan gambar: Nadirah Mahamad

Baca juga: Buat Sendiri Apam Balik Nipis Ala Pasar Malam, Ikut Sukatan Ini Nak Lagi Rangup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN