Kalau sedang mencari resepi sup ayam jernih yang mudah dan tidak menggunakan banyak rempah, resipi ini memang boleh dicuba. Kuahnya clear, ringan tetapi tetap wangi hasil gabungan bawang merah, bawang putih dan halia.
Lebih menarik, bahan yang digunakan pun cukup ringkas dan mudah didapati. Sup ini juga sesuai dimakan bersama nasi butter atau nasi ayam, malah rasanya yang tidak terlalu kuat biasanya menjadi kegemaran anak-anak.
Baca juga: Resepi Ikan Dori Goreng Rangup, Sekeping RM14 Boleh Jadi 7 Ketul, Memang Berbaloi
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, kemudian tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Gunakan campuran bahagian isi dan tulang supaya kuah lebih berasa.
4. Kacau ayam bersama bahan tumisan sehingga sekata.
5. Biarkan ayam selama kira-kira 5 minit supaya sedikit sebati dengan bahan tumisan.
6. Tuangkan air secukupnya sehingga ayam tenggelam.
7. Masukkan fishball dan perasakan dengan garam mengikut citarasa.
8. Biarkan sup mendidih sehingga ayam masak dan kuahnya terasa sebati.
9. Masukkan sedikit minyak bijan untuk menaikkan aroma sup.
10. Tutup api dan taburkan daun sup sebelum dihidangkan.
Tips Sup Ayam Jernih Lebih Sedap:
Sup ayam ini memang sesuai untuk hidangan ringkas di rumah. Kuahnya yang clear dan tidak sarat dengan rempah menjadikannya sedap dinikmati bersama nasi butter, nasi ayam atau dimakan begitu sahaja ketika masih panas.
Kalau ada ayam di dalam peti sejuk dan mahu masak lauk yang mudah, boleh cuba resipi ini. Tak perlu banyak bahan, tetapi hasilnya tetap wangi, ringan dan menyelerakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Farah Atika
Baca juga: Ikan Bakar Kuala Perlis, Rupanya Campur Susu Pekat Dalam Sos Buat Ikan Makin Menyelerakan
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…
Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…
Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…
Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…