
Pernah tak, rasa badan berat, perut kembung, asyik sendawa atau angin tak keluar-keluar walaupun sudah urut? Jika begitu, sudah sampai masa anda amalkan minum air halia madu.
Badan yang sedang menyimpan angin degil akan buat diri rasa tak selesa sepanjang hari. Sebenarnya, ada cara semula jadi yang mudah untuk bantu keluarkan angin dari dalam badan.
Resipi air halia madu yang dikongsikan oleh Fandi Fauzi di Facebook ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, rendahkan paras kolesterol, menurunkan berat badan dan sebagainya.
Baca juga: Jus Mangga Dengan 5 Bahan Mudah, Bila Minum Rasa Segar Luar Biasa
RESIPI AIR HALIA MADU

Bahan-bahan:
- 3 biji lemon
- 6 inci halia
- 3 cawan air
- 3 cawan kecil madu
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, potong lemon dan halia.
2. Kemudian, rebus dalam periuk bersama 3 cawan air (750ml).
3. Selepas itu, rebus sampai air tinggal separuh.
4. Seterusnya, sejukkan dan kisar sampai lumat.
5. Kemudian, campurkan 3 cawan madu (lebih kurang 250ml) mengikut citarasa masing-masing.
6. Akhir sekali, masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Siap untuk diminum!
Air halia madu ini sesuai diamalkan oleh mereka yang selalu kembung perut, ibu-ibu dalam pantang atau sering rasa angin naik ke kepala. Selepas minum, badan terus rasa lega.
Sejak dulu lagi, orang lama memang amalkan air halia untuk buang angin. Tapi apabila digabung dengan madu, lemon dan air suam, hasilnya lebih padu diminum.
Ramai yang cuba buat air ini dan mengatakan badan terus rasa ringan selepas minum. Selepas ini, bolehlah anda pula yang cuba di rumah nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Fandi Fauzi
Baca juga: Jus Epal Asam Boi Sihat Dan Segar, Minum Segelas Pun Rasa Tak Cukup
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














