sukun goreng

Petang-petang sedapnya kalau dapat makan sukun goreng cicah dengan sambal kicap. Kombinasi yang sangat sepadan!

Menu ini boleh dikatakan agak rare kerana buahnya sudah jarang ditemui di mana-mana kedai. Orang lama mungkin sudah biasa makan, tapi tidak bagi orang muda.

Buah ini mungkin agak sukar untuk ditemui, namun dengan kemodenan teknologi sekarang, anda boleh membelinya secara atas talian saja. Jom cuba!

Baca juga: Kruk Kruk! Ini 7 Petua Pisang Goreng ‘Super’ Rangup Walaupun Dah Sejuk

RESEPI SUKUN GORENG

Bahan-bahan:

  • Tepung beras
  • Sedikit air kapur
  • Garam
  • Telur sebiji
  • Pewarna kuning
  • Air sejuk

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan. Pastikan jangan terlalu jangan cair atau pekat, sedang-sedang sahaja.

sukun goreng

2. Celup buah sukun ke dalam adunan tadi. Goreng sehingga garing.

sukun goreng

SAMBAL KICAP

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili api merah (goreng)
  • 5 biji cili besar (goreng)
  • 3 ulas bawang putih (goreng)
  • Jus limau nipis
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Sedikit air untuk kisar

Cara-cara:

1. Goreng cili api merah, cili besar dan bawang putih.

2. Kemudian kisar bahan yang digoreng tadi bersama bahan-bahan lain.

3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rata.

4. Kemudian masak seketika sehingga mendidih supaya sambal kicap tahan lama.

Kredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Cara Buat Getuk Ubi Kayu ‘Crispy’, Ini Petua Elak Ubi Melekat & Meletup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN