Categories: Resipi

Resepi Spaghetti Tomyam Creamy, Sedap Sebijik Macam Dekat Kedai Western!

Kalau anda tengah cari menu mudah tapi memang puas hati, cubalah resepi Spaghetti Tomyam Creamy. Bila tengok hasilnya, serius ada stail macam hidangan di kafe.

Walaupun nampak mewah, sebenarnya cara memasaknya sangat mudah. Rasanya pula cukup creamy, pedas dan masam ala tomyam, memang kena dengan selera orang Malaysia.

Perkongsian resepi Spaghetti Tomyam Creamy oleh Nor Farah Atika mendapat perhatian ramai di media sosial kerana hasilnya sungguh menarik dan menggiurkan. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Ajar ‘Step By Step’ Cara Rebus Spaghetti Yang Betul, Tak Melekat Bila Masak!

RESEPI SPAGHETTI TOMYAM CREAMY

Bahan-bahan:

  • ½ pek spaghetti (rebus bersama garam dan sedikit minyak)
  • 2 sudu besar butter
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu besar pes cili Thai
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 1 senduk air rebusan pasta
  • Udang
  • Italian herbs
  • Cili padi (jika mahu pedas)
  • Daun limau purut
  • 200 ml cooking cream
  • 200 ml susu full cream
  • Serbuk perasa
  • Gula (sedikit saja)
  • Garam
  • Tomato ceri
  • Parmesan cheese

Cara-cara masak:

1. Rebus spaghetti sehingga lembut, tambah garam dan sedikit minyak. Ketepikan.

2. Cairkan butter dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.

3. Masukkan pes cili Thai, pes tomyam dan air rebusan pasta. Kacau sebati.

4. Masukkan udang dan taburkan Italian herbs.

5. Masukkan cili padi dan daun limau purut untuk aroma tomyam.

6. Tuang cooking cream dan susu full cream. Biarkan mendidih perlahan.

7. Perasakan dengan serbuk perasa, sedikit gula dan garam.

8. Masukkan spaghetti yang telah direbus dan gaul rata.

9. Akhir sekali, masukkan tomato ceri, tabur parmesan cheese dan tambah lagi Italian herbs.

Kalau anda dah bosan dengan menu nasi seharian, resepi Spaghetti Tomyam Creamy ini memang pilihan yang cukup menarik. Paling penting, ia sedap dan kena dengan selera kita.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Cara Buat Spaghetti Carbonara Paling Creamy, Sedap Setanding Kedai Western!

Aimi

Recent Posts

Bosan Sarapan Roti Biasa? Cuba Resipi Roti Sardin Guna Sourdough, Tambah Keju Mozzarella!

Resepi roti sardin ini boleh menjadi pilihan menarik untuk sarapan pagi, terutamanya bagi yang inginkan…

1 hour ago

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

17 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

18 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

18 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

19 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

19 hours ago