simpan udang tahan lama

Pernah tak, baru beli udang segar dari pasar tapi selepas dua hari sudah lembik dan berbau? Jangan risau, kami nak kongsi cara simpan udang tahan lama yang dijamin puas hati.

Setelah mengetahui cara simpan udang yang betul, anda akan terkejut dengan hasilnya yang boleh tahan lama berminggu-minggu dalam peti sejuk tanpa menjejaskan rasa. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Bersihkan Udang Supaya Kekal Segar & Tak Lembik, Bau Hanyir Pun Terus Hilang!

CARA SIMPAN UDANG TAHAN LAMA

simpan udang tahan lama

1. Bersihkan udang dengan betul.

Mula-mula, bilas udang dengan air bersih beberapa kali untuk buang sisa kotoran dan lendir. Potong sesungut dan buang kotoran di bahagian belakang udang (tali hitam). Jangan rendam terlalu lama kerana ia boleh buat tekstur udang lembik.

2. Toskan air sepenuhnya.

Selepas cuci, pastikan udang ditoskan sampai kering. Air berlebihan boleh menyebabkan udang cepat berbau dan membeku tak sekata dalam peti sejuk. Boleh juga lap sedikit dengan tisu dapur untuk pastikan betul-betul kering.

3. Taburkan sedikit gula perang.

Gula perang membantu mengekalkan kelembapan semula jadi udang dan melambatkan proses oksidasi yang menyebabkan bau hanyir. Taburkan sedikit saja, sekadar menyaluti permukaan udang tipis-tipis, bukan sampai manis.

simpan udang tahan lama

4. Simpan dalam bekas kedap udara.

Masukkan udang ke dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering. Pastikan bekas ditutup rapat untuk elak udara luar masuk kerana oksigen boleh menyebabkan udang cepat berubah warna dan bau. Jika tiada bekas, boleh guna plastik ziplock tapi pastikan udara dalamnya dikeluarkan sepenuhnya sebelum disimpan.

5. Letakkan di bahagian sejuk beku dalam peti sejuk.

Untuk simpan dalam tempoh singkat (1 hingga 2 hari), cukup letak di bahagian chiller. Tapi jika nak tahan lama (2 hingga 3 minggu), simpan di bahagian sejuk beku. Apabila nak guna nanti, rendam sekejap dalam air biasa (bukan panas) supaya cair secara perlahan dan kekal tekstur asalnya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: _northtkv_

Baca juga: Petua Udang Tak Kecut Bila Masak, No. 3 Paling Ramai Tak Pernah Cuba!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN