rebus spaghetti

Kalau suka masak spaghetti tapi sering berdepan dengan masalah spaghetti yang melekat, jangan risau. Guna saja cara rebus spaghetti ini, pasti hasilnya tak melekat lagi.

Spaghetti merupakan hidangan pasta yang digemari ramai kerana mudah disediakan dan sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis sos seperti sos tomato, carbonara atau prego.

Masalah spaghetti melekat boleh dielakkan dengan beberapa teknik mudah semasa memasak. Dengan cara rebus spaghetti yang betul, anda boleh menikmati spaghetti yang masak sempurna. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Cuci Mee Kuning Yang Berbau Kapur, Rasa Pahit & Bau Pelik Terus Hilang!

CARA REBUS SPAGHETTI SUPAYA TAK MELEKAT

1. Sediakan spaghetti dan ukuran porsi.

rebus spaghetti

Langkah pertama ialah sediakan spaghetti yang ingin dimasak. Tentukan juga berapa banyak spaghetti yang anda mahu sediakan.

Tip untuk ukur porsi: Gunakan sendi jari sebagai panduan – sendi jari pertama untuk satu hidangan, sendi jari kedua untuk dua hidangan dan sendi jari ketiga (hujung jari) untuk tiga hidangan.

2. Air rebusan yang betul.

rebus spaghetti

Pastikan air yang digunakan benar-benar mendidih sebelum memasukkan spaghetti. Air yang bersih dan mendidih membantu spaghetti masak dengan rata dan mengelakkan tekstur yang lembik.

3. Tambahkan garam.

rebus spaghetti

Masukkan garam ke dalam air rebusan. Garam bukan sahaja menambah rasa, tetapi juga membantu spaghetti lebih bertekstur dan tidak hambar.

4. Gunakan sedikit minyak.

rebus spaghetti

Menambah sedikit minyak ke dalam air rebusan dapat membantu mengurangkan spaghetti melekat antara satu sama lain. Namun, jangan terlalu banyak supaya rasa spaghetti tetap enak dan sos dapat melekat pada spaghetti selepas ditoskan.

5. Cara masak yang betul.

  • Masukkan spaghetti secara perlahan-lahan ke dalam air mendidih.
  • Jika spaghetti terlalu panjang, biarkan ia perlahan-lahan melentur hingga seluruh bahagian berada dalam air.
  • Semasa rebus spaghetti, jangan lupa untuk mengacau spaghetti sesekali supaya tidak melekat.
  • Tapi berhati-hati, jangan terlalu kerap mengacau kerana spaghetti mudah putus dan hancur.

6. Masa rebusan.

Rebus spaghetti biasanya memerlukan masa antara 8 hingga 10 minit untuk masak sempurna. Sentiasa periksa tekstur spaghetti, sama ada sudah lembut atau masih terlalu keras, sebelum toskan airnya.

7. Toskan spaghetti.

Setelah masak, toskan spaghetti dengan segera. Ini memastikan spaghetti tidak terus memasak dalam air panas dan menjadi terlalu lembik.

Semoga bermanfaat!

Sumber: strdy.

Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN