Categories: Resipi

Resepi Udang Goreng Berempah Paling Wangi, Sekali Masak Terus Licin!

Kalau suka masakan wangi dan mudah, resepi Udang Goreng Berempah memang pilihan yang tak pernah mengecewakan. Bau rempahnya saja, sudah cukup buat perut terasa lapar.

Ada yang cuba resepi Udang Goreng Berempah ini dan memang terkejut. Baunya naik dari dapur terus buat jiran tanya masak apa. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai!

RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • 500g udang harimau
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • ½ batang serai (dipotong nipis)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu ketumbar
  • ½ sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu serbuk cili
  • ½ sudu serbuk kunyit
  • ½ sudu serbuk jintan putih
  • Gula (sedikit saja bila perlu)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-cara masak:

1. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih.

2. Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.

3. Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah dan gula.

4. Perap setengah jam.

5. Goreng daun kari hingga naik bau.

6. Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.

7. Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.

Kalau anda cuba Udang Goreng Berempah nanti, jangan lupa kongsikan hasilnya. Manalah tahu jadi lauk kegemaran keluarga. Setelah makan, pasti terkejut betapa sedapnya lauk ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Azuwar

Baca juga: Udang Goreng Bawang Putih Wangi Satu Rumah, Sekali Masak Terus Ketagih!

Aimi

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

12 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

12 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

13 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

15 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

16 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

16 hours ago