Categories: Resipi

Resipi Lepat Labu Yang Lemak Manis & Aroma Daun Pisang Memikat, Lembut Teramat!

Kalau anda sedang mencari resepi lepat labu yang mudah, sedap dan confirm jadi, ini memang cara terbaik. Teksturnya lembut, rasa manis labu semula jadi, ditambah pula dengan aroma daun pisang yang membangkitkan selera.

Lepat labu juga antara kuih tradisi yang selalu dibuat ketika musim perayaan atau majlis keluarga kerana bahan-bahannya ringkas tetapi hasilnya sangat memuaskan. Tak perlu mesin atau teknik sukar, hanya perlu campur, bungkus dan kukus.

Baca juga: Resipi Lepat Liat Nostalgia Utara, Kuih Tradisi Liat Manis Yang Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

RESEPI LEPAT LABU LEMBUT DAN LEMAK MANIS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan labu kuning (dilenyek halus, dikukus terlebih dahulu)
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 1 cawan tepung beras
  • ½ cawan gula merah (boleh ganti dengan gula pasir)
  • ¼ sudu kecil garam
  • Daun pisang secukupnya (layurkan atas api dan lap hingga bersih)

Cara penyediaan:

  1. Dalam satu mangkuk, satukan labu lenyek, kelapa parut, tepung beras, gula dan garam. Gaul sehingga sebati.
  2. Ambil sehelai daun pisang, letakkan 2–3 sudu adunan di bahagian tengah. Lipat dan bungkus seperti biasa.
  3. Susun dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20–25 minit atau sehingga masak.
  4. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan untuk tekstur yang lebih elok.

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Resipi Kuih Lepat Sagu Yang Lemak-Lemak Manis, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago