cara buat spaghetti carbonara

Jika anda sedang mencari idea hidangan untuk memikat selera keluarga, silakan untuk cuba cara buat Spaghetti Carbonara dengan resipi yang mudah disediakan.

Spaghetti Carbonara merupakan salah satu hidangan ikonik dari Itali yang digemari di seluruh dunia. Walaupun hidangannya sederhana, tapi sangat menyelerakan.

Cara buat Spaghetti Carbonara yang dikongsikan oleh Puan Fiqa di Facebook membuatkan ramai tertarik untuk cuba buat sendiri di rumah. Jom kita tengok resipinya!

Baca juga: Resepi Spaghetti Goreng Ala Melayu, Sekali Cuba Masak Terus Rasa Nak Buat Lagi!

CARA BUAT SPAGHETTI CARBONARA

cara buat spaghetti carbonara

Bahan-bahan:

  • Spaghetti secukupnya
  • Olive oil secukupnya
  • Bawang putih (potong dadu)
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Udang (buang kulit)
  • Cendawan butang dalam tin (buang air dalam tin) atau cendawan shiitake (potong hiris)
  • 1 kotak kecik whipping cream
  • ½ kotak kecik susu full cream
  • Mozarella cheese parut
  • Serbuk lada hitam

Bahan-bahan hiasan:

  • Chilli flakes
  • Daun parsley atau oregano atau ketumbar (hiris halus)

Cara-caranya:

  1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Letak tepi dulu.
  2. Tuang olive oil, panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih dan bawang holland sampai naik bau.
  3. Masukkan udang dan cendawan yang sudah dihiris.
  4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.
  5. Perasakan garam dan secukup rasa.
  6. Letak serbuk lada hitam.
  7. Masukkan cheese. Apabila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.
  8. Hiaskan dengan chilli flakes dan daun parsley.

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Fiqa

Baca juga: Spaghetti Aglio Olio Anti Gagal, Ada Cara Untuk Elak Daripada Terhangit

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN