Categories: Resipi

Resipi Sotong Telur Masin Berkuah Pekat Berkrim, Masak Sendiri Lagi Jimat & Puas Hati!

Resepi sotong telur masin memang antara menu yang tak pernah mengecewakan, terutama bagi penggemar makanan berkuah lemak masin-masin berempah. Gabungan sotong yang rangup di luar tetapi masih lembut di dalam, bersama kuah telur masin yang creamy memang buat selera naik mendadak.

Menu ini juga selalu jadi pilihan kalau makan di restoran seafood atau menu masakan panas. Tapi sebenarnya, versi homemade lagi puas hati sebab kita boleh kawal rasa ikut selera sendiri. Nak lebih pedas, lebih lemak atau lebih “kering” pun boleh.

Kalau ada sotong di rumah, resipi ini memang sesuai sangat untuk dicuba. Cara dia pun tak susah mana, bahan pun ringkas saja tapi hasilnya memang padu macam makan di kedai.

Baca juga: Resipi Sambal Sotong Pekat Melekat, Sekali Cuba Confirm Nak Tambah Nasi Lagi!

RESEPI SOTONG TELUR MASIN

Bahan-bahan sotong:

  • 10 ekor sotong kecil (potong nipis)
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar lada sulah
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam

Bahan kuah telur masin:

  • Beberapa helai daun kari
  • 3 batang cili padi (boleh tambah jika nak pedas)
  • 3 sudu besar butter (salted)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • Kuning telur masin (dari 3 biji telur masin – rebus, ambil kuning sahaja & hancurkan sedikit)

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan sotong bersama tepung jagung, lada sulah, telur dan sedikit garam hingga rata.
  2. Panaskan minyak dan goreng sotong selama 3 hingga 4 minit sahaja. Jangan terlalu lama supaya sotong tidak liat. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk kuah, cairkan butter dalam kuali. Masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan dan masak sehingga berbuih serta naik aroma wangi.
  4. Masukkan cili padi, daun kari dan serbuk pati ayam. Kacau rata hingga kuah menjadi pekat dan berlemak.
  5. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi, gaul hingga semua sotong bersalut sekata dengan kuah telur masin.
  6. Tutup api dan taburkan gula. Gaul lagi kira-kira seminit supaya rasa seimbang masin, lemak dan sedikit manis.
  7. Siap untuk dihidang panas-panas dengan nasi putih.

Sumber: Nita Wan

Baca juga: Resipi Singgang Sotong Ketuk Serai Paling Mudah, Satukan Semua Bahan & Tunggu Mendidih Saja!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

1 day ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

1 day ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

1 day ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

1 day ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago