Resepi sotong ketuk serai ini antara lauk paling mudah dan cepat untuk disediakan di rumah. Tak perlu tumis, tak perlu langkah rumit sebab hanya ketuk, hiris dan satukan semua bahan dalam periuk.

Gabungan rasa sotong yang segar, pedas cili padi, masam asam keping dan aroma serai memang buat lauk ini jadi “ngam” dengan nasi panas. Sesuai sangat untuk yang nak masak cepat tapi tetap nak rasa sedap macam lauk kampung.

Baca juga: Resipi Sotong Masak Hitam Ini Ada Peminatnya, Kena Buat Macam INI Baru Sedap & Tak Liat

RESEPI SOTONG KETUK SERAI

resepi sotong ketuk serai

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 asam keping
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 4 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan iaitu bawang merah, bawang putih, halia, serai dan asam keping ke dalam periuk.
  2. Tambahkan air, kuantiti bergantung pada sukatan kuah yang disukai. Hidupkan api.
  3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut selera.
  4. Bila dah mendidih, baru masukkan sotong.
  5. Bila sotong sudah masak dan kuah mula sebati dengan bahan lain, tutup api.
  6. Sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi.

Sumber: Thread @living_in_liklau

Baca juga: Resepi Sotong Goreng Kunyit Lembut & Tak Liat Kalau Ikut Petua Ini, Confirm Puas Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending