sup kolagen

Seorang pengguna laman sosial berkongsi cara buat sup kolagen menggunakan kaki ayam. Dengan bahan ini, anda dah boleh hasilkan sup kolagen yang pekat, berkhasiat dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Sup kolagen ini sebenarnya makin popular sebab ramai dah sedar manfaatnya untuk kesihatan. Bila direbus lama, kaki ayam akan keluarkan kolagen semula jadi yang buatkan sup jadi lebih likat, berlemak dan bila sejuk bertukar tekstur macam jeli. Ia tanda kandungan kolagen yang tinggi.

Lebih menarik, bila buat sup kolagen sendiri, kita boleh kawal bahan yang digunakan tanpa sebarang bahan tambahan. Sekali masak, boleh simpan dan guna untuk sup, bubur atau sebagai stok masakan harian. Memang praktikal untuk yang suka masak di rumah.

Baca juga: Resipi Kaki Ayam Goreng Tepung Rangup, Ikut Petua Ini Tak Liat Langsung Bila Makan!

CARA BUAT SUP KOLAGEN GUNA KAKI AYAM

sup kolagen

Bahan-bahan:

  • 700g kaki ayam (dibersihkan sepenuhnya)
  • 1 biji bawang besar kuning (potong dua)
  • 1/2 batang lobak merah (potong kasar)
  • 4-5 ulas bawang putih (diketuk sedikit)
  • 1 inci halia (dihiris tebal)
  • 1 helai daun bay (optional untuk aroma lebih wangi)
  • Garam & lada sulah secukup rasa
  • Air secukupnya (sehingga menutupi paras ayam)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan kaki ayam ke dalam periuk berisi air sejuk. Rebus sehingga mendidih selama kira-kira 5 minit. Anda akan nampak buih-buih kotoran (impas) timbul di permukaan. Buang air rebusan pertama ini, kemudian cuci dan bilas kaki ayam tadi sehingga bersih. Langkah ini penting untuk pastikan air rebusan kita jernih dan tak bau hanyir.
  2. Masukkan semula kaki ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk (sebaiknya guna pressure cooker untuk jimat masa). Masukkan bawang besar, lobak merah, bawang putih, halia dan daun bay.
  3. Tuangkan air sehingga semua bahan tenggelam sepenuhnya.
  4. Jika menggunakan pressure cooker, tetapkan masa mengikut fungsi sup/daging (biasanya 30-40 minit). Jika menggunakan periuk biasa, reneh dengan api kecil selama 2 hingga 4 jam sehingga segala khasiat daripada tulang keluar.
  5. Setelah masak, tapis air rebusan tersebut ke dalam periuk lain untuk asingkan sisa tulang dan sayuran. Perasakan dengan garam dan lada sulah mengikut selera anda.
  6. Biarkan suhu air rebusan turun sedikit sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti sejuk (chiller). Selepas semalaman, air rebusan tadi akan bertukar tekstur menjadi seperti jeli atau agar-agar.

Sumber: Thread @liaslittlekitchen_

Baca juga: Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN