Categories: Resipi

Mula-Mula ‘Seram’ Nak Cuba Resepi Jus Retinol Ini, Tapi…Sekali Minum Terus Ketagih!

Resepi jus retinol kini menjadi antara minuman viral yang ramai cuba di rumah selepas tular di media sosial. Walaupun gabungan bahan nampak agak luar biasa, ramai terkejut apabila hasilnya sangat sedap, segar dan masam manis.

Pada awalnya ramai yang ragu-ragu untuk mencuba resepi jus retinol, namun selepas blend sendiri, rasa minuman ini terus mencuri hati kerana kesegarannya yang “ngam” diminum sejuk-sejuk.

Baca juga: Jus Cuci Usus 4 Bahan Ini Viral Di Threads, Ramai Amal Sebab Perut Rasa Lebih Ringan & Kurang Kembung

RESEPI JUS RETINOL

Bahan-bahan:

  • 1 biji epal hijau
  • 1 biji epal merah
  • 1 biji oren
  • Jus daripada 1 biji lemon
  • 1 biji beetroot (saiz sederhana)
  • 1 batang lobak merah
  • Halia hidup sebesar ibu jari
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • Sedikit air

Cara-cara Penyediaan:

1. Basuh semua buah dan sayur sehingga bersih.

2. Kupas kulit oren, beetroot, halia dan kunyit jika perlu.

3. Potong kecil semua bahan supaya mudah dikisar.

4. Masukkan epal, oren, lemon, beetroot, lobak merah, halia dan kunyit ke dalam blender.

5. Tambahkan sedikit air untuk bantu proses kisar.

6. Kisar sehingga betul-betul halus dan sebati.

7. Tapis jika mahu tekstur lebih licin.

8. Tuang ke dalam gelas dan sedia diminum.

Tips Supaya Resepi Jus Retinol Lebih Sedap:

  • Sejukkan buah-buahan sebelum dikisar untuk rasa lebih segar
  • Gunakan epal yang manis untuk seimbangkan rasa masam
  • Tambah ais untuk rasa lebih “fresh” dan menyegarkan
  • Gunakan blender berkuasa tinggi supaya tekstur lebih halus
  • Boleh tambah sedikit madu jika mahu rasa lebih manis

Resepi jus retinol ini bukan sekadar minuman viral, tetapi juga pilihan segar yang sesuai untuk diminum pada bila-bila masa. Walaupun nampak ringkas, gabungan buah dan sayur ini menghasilkan rasa masam manis yang sangat menyegarkan dan mudah diterima tekak.

Ramai yang mencuba sekali, terus jatuh cinta dengan jus retinol dan menjadikannya minuman kegemaran di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ummi Aida

Baca juga: Buat Jus Pandan Serai Mudah Di Rumah, Hasilnya Badan Ringan & Tidur Lebih Lena Setiap Malam

Aimi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

1 day ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

1 day ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

1 day ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

1 day ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago