cara buat sambal sotong

Cara buat sambal sotong memang antara resipi lauk harian yang tak pernah mengecewakan. Gabungan sotong segar dengan sambal pedas berempah menjadikan hidangan ini cukup membuka selera, terutamanya bila dimakan panas-panas dengan nasi putih.

Resipi sambal sotong ini sangat popular dalam masakan Melayu kerana rasanya yang pedas, manis dan sedikit masam. Walaupun nampak simple, kalau kena cara masaknya, memang boleh buat orang tambah nasi berkali-kali.

Menariknya, sambal ini juga tak perlukan bahan yang rumit. Cuma guna bahan asas dapur sahaja, tapi hasilnya tetap padu dan “kick”. Lagi sedap kalau dimasak dengan api kuat sekejap di akhir proses supaya sambal lebih pekat dan menyerap pada sotong.

Baca juga: Resipi Singgang Sotong Ketuk Serai Paling Mudah, Satukan Semua Bahan & Tunggu Mendidih Saja!

CARA BUAT SAMBAL SOTONG SEDAP DAN PADU

cara buat sambal sotong

Bahan-bahan:

  • Sotong (saiz sederhana, dibersihkan)
  • Bawang besar
  • Cili kering (dikisar)
  • Belacan
  • Minyak masak
  • Kicap manis
  • Asam keping
  • Garam
  • Perasa (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang besar yang telah diblend bersama cili kering dan belacan sehingga naik minyak dan pecah minyak.
  3. Masukkan garam, perasa, asam keping dan sedikit kicap manis. Kacau rata.
  4. Rasa sambal dan sesuaikan ikut selera (pedas, manis atau masin).
  5. Bila sambal sudah pekat dan cukup rasa, besarkan api.
  6. Masukkan sotong dan kacau sekejap sahaja. Jangan masak terlalu lama supaya sotong tidak liat.
  7. Bila sotong sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Rozzieta Abd Rahim

Baca juga: Resipi Baby Sotong Goreng Kunyit Paling Ringkas, Ada Petua Kuah Pekat & Tak Berair

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN