Categories: Resipi

Resipi Sotong Masak Stim Mudah, Lembut Dan Wangi, Aromanya Sungguh Menggoda Selera!

Kalau nak hidangan laut yang cepat dan mudah tapi tetap sedap, cuba resipi sotong masak stim ini. Sotong tetap lembut, kuahnya ringan tapi penuh rasa. Sesuai dinikmati panas-panas bersama nasi putih.

Resipi ini boleh dicuba oleh sesiapa yang mahu masakan ringkas tapi rasa tetap padu. Hanya beberapa langkah sahaja, anda boleh sediakan menu yang menyelerakan tanpa guna bahan banyak.

Selain mudah disediakan, aroma serai, halia dan daun ketumbar membuatkan hidangan ini terasa segar dan mengiurkan. Sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam.

Baca juga: Resipi Singgang Sotong Ringkas Tapi Padu, Kena Buat Cara Ini Baru Lembut & Tak Liat!

RESIPI SOTONG MASAK STIM

Bahan-bahan:

  • Sotong segar (dibersihkan)
  • Serai (diketuk)
  • Halia (hiris nipis)
  • Bawang putih
  • Cili padi (merah/hijau)
  • Akar ketumbar secukupnya
  • Perahan limau nipis secukupnya
  • Sos tiram secukup rasa
  • Kicap sotong secukup rasa
  • Kiub ayam (atau secukupnya)
  • Gula secukup rasa
  • Daun ketumbar untuk tabur

Nota: Sukatan bergantung pada kuantiti sotong.

Cara memasak:

  1. Stim sotong bersama serai dan halia. Jangan stim terlalu lama supaya sotong tidak keras.
  2. Tumbuk atau blend bawang putih, cili padi dan akar ketumbar hingga halus.
  3. Didihkan sedikit air dalam periuk, kemudian masukkan bahan tumbuk/blend tadi.
  4. Tambahkan perahan limau nipis, sos tiram, kicap sotong, kiub ayam dan gula. Gaul dan rasa. Sesuaikan kuah mengikut selera.
  5. Matikan api dan masukkan daun ketumbar. Tuangkan kuah ke atas sotong yang telah disediakan.

Sumber: Norazihan Elias

Baca juga: Rahsia Sotong Ring Frozen Tak Liat Macam Getah, Begini Cara Lembutkan Dengan Betul

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

1 day ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

1 day ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

1 day ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

1 day ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

1 day ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

1 day ago