
Kalau anda suka lauk yang simple tapi tetap menyelerakan, bolehlah cuba resepi singgang sotong ini. Cara memasaknya sangat ringkas dan tak perlu guna banyak bahan, tapi rasa dia memang padu. Kuah singgang yang masam-masam segar ini buat sotong jadi lebih sedap dan tak hanyir.
Menu ini juga sesuai dijadikan lauk utama makan tengah hari atau malam, cicah pula dengan sambal belacan dan nasi panas. Memang bertambah-tambah makan. Yang penting, sotong kena masak sekejap saja supaya teksturnya lembut dan tak liat!
Baca juga: Resipi Paprik Sotong Sedap, Masak Ikut Cara Ini Confirm Tak Order Dekat Kedai Dah!
RESEPI SINGGANG SOTONG

Bahan-bahan:
- Sotong jarum secukupnya
- Serai (dititik)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Asam keping
- Lada (cili padi atau lada besar, ikut selera)
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa (jika suka)
Cara memasak:
- Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan asam keping ke dalam periuk bersama air.
- Kalau nak lebih sedap, boleh lebihkan bawang putih dan asam keping supaya kuah singgang jadi wangi dan sotong tak hanyir.
- Didihkan air hingga semua bahan sebati. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.
- Akhir sekali, masukkan sotong dan lada. Masak sekejap sahaja supaya sotong kekal lembut.
- Tutup api dan sedia dihidang panas-panas bersama nasi.
Sumber: E’llyna Leya
Baca juga: Resepi Sambal Tumis Sotong, Ada Rahsia Warna Lebih Cantik & Tahan Lama!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














