
Kalau nak hidangan laut yang cepat dan mudah tapi tetap sedap, cuba resipi sotong masak stim ini. Sotong tetap lembut, kuahnya ringan tapi penuh rasa. Sesuai dinikmati panas-panas bersama nasi putih.
Resipi ini boleh dicuba oleh sesiapa yang mahu masakan ringkas tapi rasa tetap padu. Hanya beberapa langkah sahaja, anda boleh sediakan menu yang menyelerakan tanpa guna bahan banyak.
Selain mudah disediakan, aroma serai, halia dan daun ketumbar membuatkan hidangan ini terasa segar dan mengiurkan. Sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam.
Baca juga: Resipi Singgang Sotong Ringkas Tapi Padu, Kena Buat Cara Ini Baru Lembut & Tak Liat!
RESIPI SOTONG MASAK STIM

Bahan-bahan:
- Sotong segar (dibersihkan)
- Serai (diketuk)
- Halia (hiris nipis)
- Bawang putih
- Cili padi (merah/hijau)
- Akar ketumbar secukupnya
- Perahan limau nipis secukupnya
- Sos tiram secukup rasa
- Kicap sotong secukup rasa
- Kiub ayam (atau secukupnya)
- Gula secukup rasa
- Daun ketumbar untuk tabur
Nota: Sukatan bergantung pada kuantiti sotong.
Cara memasak:
- Stim sotong bersama serai dan halia. Jangan stim terlalu lama supaya sotong tidak keras.
- Tumbuk atau blend bawang putih, cili padi dan akar ketumbar hingga halus.
- Didihkan sedikit air dalam periuk, kemudian masukkan bahan tumbuk/blend tadi.
- Tambahkan perahan limau nipis, sos tiram, kicap sotong, kiub ayam dan gula. Gaul dan rasa. Sesuaikan kuah mengikut selera.
- Matikan api dan masukkan daun ketumbar. Tuangkan kuah ke atas sotong yang telah disediakan.
Sumber: Norazihan Elias
Baca juga: Rahsia Sotong Ring Frozen Tak Liat Macam Getah, Begini Cara Lembutkan Dengan Betul
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














