cara lembutkan sotong ring

Pernah beli sotong ring frozen tapi liat macam getah apabila dimasak? Anda tak berseorangan, ramai yang hadapi masalah yang sama. Jadi, kami nak ajar cara lembutkan sotong ring frozen supaya jadi lembut dimakan.

Sotong ring frozen lebih sesuai dibuat celup tepung kerana teksturnya sudah siap dipotong kemas dan saiz sekata. Apabila dilapisi dengan tepung berempah, sotong jadi rangup di luar dan lembut di dalam.

Baca juga: Jenis-Jenis Sotong Yang Selalu Orang Masak, Yang Mana Paling Padu Masak Sambal?

CARA LEMBUTKAN SOTONG RING FROZEN

1. DEFROST DENGAN LEBIH LAMA.

cara lembutkan sotong ring

Sotong ring frozen tak sama seperti sotong segar biasa kerana ia perlu defrost lebih lama. Letak saja sotong dalam plastik atau bekas dalam peti sejuk semalaman (anggaran 8 hingga 10 jam).

2. SETELAH CAIR, BILAS DENGAN AIR SEJUK.

Apabila sudah cair, bilas dengan air sejuk supaya bau hanyir hilang. Hal ini bantu mengelakkan sotong terlalu kering dan hasil teksturnya jadi lebih lembut nanti.

3. RENDAM DALAM BAKING SODA.

Selain kaedah defrost, anda boleh rendam sotong ring frozen dalam air yang dicampur sedikit baking soda selama kira-kira 1 jam sebelum goreng. Hasilnya, ia akan jadi lembut.

4. RENDAM DALAM SUSU.

Jika tiada baking soda, susu pun boleh jadi alternatif. Rendam dalam susu beberapa jam untuk hasil sotong yang lembut.

5. GUNA KAEDAH GORENG CEPAT.

cara lembutkan sotong ring

Sotong ring frozen perlu digoreng dengan lebih cepat. Salut bancuhan tepung, telur dan rempah, kemudian goreng dalam minyak panas hanya 1 hingga 2 minit.

Semoga selepas ini anda tak stres lagi apabila masak sotong ring frozen. Ingat, defrost betul-betul dan pilih cara lembutkan sotong ring frozen yang sesuai.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ateefa Abdullah

Baca juga: 5 Petua Sotong Tak Liat & Kecut Bila Masak, Ramai Tak Tahu Tips No. 3 Paling Berkesan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN