Categories: Informasi

Cara Buat Sos Perapan BBQ Homemade, Sekali Buat Boleh Perap Ayam, Daging & Kambing!

Kalau selalu pening nak fikir bahan apa nak guna untuk perap ayam, daging atau kambing, boleh cuba resepi sos perapan homemade ini. Menariknya, sos ini dibuat dengan cara ‘campak-campak’ sahaja dan tak perlu terlalu pening nak menyukat setiap bahan dengan tepat.

Walaupun nampak macam banyak bahan yang digunakan, semuanya mudah sahaja untuk dicari. Ada sos cili, sos tomato, sos BBQ, sos tiram, sos lada hitam dan beberapa bahan lain yang digabungkan untuk menghasilkan rasa yang cukup padu.

Kuantiti bahan dalam resepi ini juga boleh dijadikan panduan dan diubah mengikut cita rasa masing-masing. Kalau suka rasa lebih manis, boleh tambah gula perang. Kalau nak aroma yang lebih wangi, rosemary pula boleh dimasukkan. Mudah, kan?

Baca juga: Cara Buat Sosej Homemade Yang Sihat & Sedap, Guna 3 Keping Isi Ayam Boleh Dapat 38 Biji!

RESEPI SOS PERAPAN BBQ SERBA GUNA

Bahan-bahan:

  • 2-3 labu bawang putih, dikisar
  • 150g sos cili
  • 150g sos tomato
  • 50g lada hitam, dikisar
  • 250g sos BBQ
  • 150g sos tiram
  • 300g sos lada hitam
  • 50g kicap manis
  • 50-100g gula perang, ikut cita rasa
  • 2 sudu besar rosemary, optional
  • ½ cawan minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bawang putih kisar, sos cili, sos tomato, lada hitam kisar, sos BBQ, sos tiram, sos lada hitam dan kicap manis ke dalam satu bekas.
  2. Kemudian, masukkan gula perang mengikut tahap kemanisan yang disukai. Jika suka, boleh tambahkan rosemary untuk memberikan aroma yang lebih wangi.
  3. Tuangkan minyak masak ke dalam campuran sos.
  4. Kacau semua bahan sehingga sebati dan menghasilkan sos perapan yang sekata.
  5. Sos perapan boleh terus digunakan untuk memerap ayam, daging atau kambing.
  6. Untuk mendapatkan rasa yang lebih meresap, perap bahan sekurang-kurangnya 5 jam atau lebih sebelum dimasak.

Kuantiti bahan dalam resepi ini hanyalah panduan. Jadi, jangan risau kalau tak dapat menyukat tepat setiap bahan. Boleh sesuaikan jumlah sos, gula atau lada hitam mengikut kuantiti ayam, daging atau kambing serta cita rasa sendiri.

Sos perapan ini juga boleh disediakan lebih awal supaya kerja memasak jadi lebih mudah, terutama kalau nak buat BBQ bersama keluarga atau kawan-kawan.

Sumber: Noorma Musa

Baca juga: Tak Perlu Beli Lagi! Wanita Kongsi Resipi Chili Oil Homemade, Lagi Sedap & Wangi Dari Yang Dijual

Wan N

Recent Posts

Belanjawan Malaysia 2027 Bawa Berita Baik, Harga Ikan, Ayam & Sayur Ditawar Sehingga 30% Lebih Murah

Harga barang dapur antara perkara yang sering menjadi perhatian ramai, terutama bagi keluarga yang menyediakan…

2 days ago

Resipi Sos Yogurt Homemade Rendah Karbohidrat, Nak Makan Dengan Salad Atau Ayam Pun Boleh!

Resipi sos yogurt homemade ini sesuai untuk anda yang mahukan sos berkrim dengan rasa segar…

2 days ago

Belanjawan 2027, SARA Kini Boleh Digunakan Untuk Beli Barang Basah & Segar Di 216 Pasar Tani Terlibat

Antara pengumuman yang menarik perhatian dalam Belanjawan 2027 ialah peningkatan peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…

2 days ago

Campur Semua Dalam Mangkuk & Kukus! Resipi Ayam Halia Ini Mudah, Juicy & Penuh Rasa

Ayam halia kukus ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati hidangan sedap tanpa perlu menghabiskan…

2 days ago

Kari Telur Berempah Dengan Kuah Pekat Menyelerakan, Letak Dua Sayur Ini Pula Lagi ‘Syahdu’!

Resepi kari telur ini sesuai untuk mereka yang menggemari kuah kari pekat, berempah dan sedikit…

2 days ago

Resipi Tomyam Putih Ringkas Tanpa Pes, Rasa Lebih Masam Pedas Berlemak Barulah ‘Kick’!

Resipi tomyam putih tanpa pes ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati tomyam ala Thai…

2 days ago