Kalau selalu pening nak fikir bahan apa nak guna untuk perap ayam, daging atau kambing, boleh cuba resepi sos perapan homemade ini. Menariknya, sos ini dibuat dengan cara ‘campak-campak’ sahaja dan tak perlu terlalu pening nak menyukat setiap bahan dengan tepat.
Walaupun nampak macam banyak bahan yang digunakan, semuanya mudah sahaja untuk dicari. Ada sos cili, sos tomato, sos BBQ, sos tiram, sos lada hitam dan beberapa bahan lain yang digabungkan untuk menghasilkan rasa yang cukup padu.
Kuantiti bahan dalam resepi ini juga boleh dijadikan panduan dan diubah mengikut cita rasa masing-masing. Kalau suka rasa lebih manis, boleh tambah gula perang. Kalau nak aroma yang lebih wangi, rosemary pula boleh dimasukkan. Mudah, kan?
Baca juga: Cara Buat Sosej Homemade Yang Sihat & Sedap, Guna 3 Keping Isi Ayam Boleh Dapat 38 Biji!
RESEPI SOS PERAPAN BBQ SERBA GUNA
Bahan-bahan:
- 2-3 labu bawang putih, dikisar
- 150g sos cili
- 150g sos tomato
- 50g lada hitam, dikisar
- 250g sos BBQ
- 150g sos tiram
- 300g sos lada hitam
- 50g kicap manis
- 50-100g gula perang, ikut cita rasa
- 2 sudu besar rosemary, optional
- ½ cawan minyak masak
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan bawang putih kisar, sos cili, sos tomato, lada hitam kisar, sos BBQ, sos tiram, sos lada hitam dan kicap manis ke dalam satu bekas.
- Kemudian, masukkan gula perang mengikut tahap kemanisan yang disukai. Jika suka, boleh tambahkan rosemary untuk memberikan aroma yang lebih wangi.
- Tuangkan minyak masak ke dalam campuran sos.
- Kacau semua bahan sehingga sebati dan menghasilkan sos perapan yang sekata.
- Sos perapan boleh terus digunakan untuk memerap ayam, daging atau kambing.
- Untuk mendapatkan rasa yang lebih meresap, perap bahan sekurang-kurangnya 5 jam atau lebih sebelum dimasak.
Kuantiti bahan dalam resepi ini hanyalah panduan. Jadi, jangan risau kalau tak dapat menyukat tepat setiap bahan. Boleh sesuaikan jumlah sos, gula atau lada hitam mengikut kuantiti ayam, daging atau kambing serta cita rasa sendiri.
Sos perapan ini juga boleh disediakan lebih awal supaya kerja memasak jadi lebih mudah, terutama kalau nak buat BBQ bersama keluarga atau kawan-kawan.
Sumber: Noorma Musa
Baca juga: Tak Perlu Beli Lagi! Wanita Kongsi Resipi Chili Oil Homemade, Lagi Sedap & Wangi Dari Yang Dijual
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

