cara membuat chili oil

Cara membuat chili oil sebenarnya tidak sesukar yang disangka. Dengan beberapa bahan mudah yang biasa ada di dapur, anda boleh menghasilkan chili oil homemade yang pedas, wangi dan membuka selera tanpa perlu membelinya di kedai.

Seorang wanita, Nurul Nadhirah Zulkifli, berkongsi pengalaman pertamanya menghasilkan chili oil sendiri di rumah selepas sekian lama menyimpan chili flakes yang dibeli. Hasilnya ternyata melebihi jangkaan sehingga membuatkan beliau berasa puas hati dan teruja untuk berkongsi resipi tersebut dengan orang ramai.

Baca juga: Telur Rebus 25 Minit Ini Jadi Viral, Kuningnya Gebu & Kenyal Persis Mochi!

CARA MEMBUAT CHILI OIL HOMEMADE

cara membuat chili oil

Resipi ini sesuai untuk mereka yang gemarkan makanan pedas dan mahu menyediakan chili oil sendiri mengikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan chili flakes
  • 2 labu bawang putih (dicincang halus)
  • 5 biji bawang merah kecil (dicincang halus)
  • 4 sekawan
  • 2 tangkai daun ketumbar bersama akar
  • Minyak masak secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (pilihan)

Cara-cara Penyediaan:

1. Sediakan campuran chili flakes

Masukkan chili flakes ke dalam mangkuk atau bekas tahan panas. Tambahkan gula, garam dan ajinomoto mengikut citarasa. Gaul sebati dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Wangikan minyak

Panaskan minyak masak yang banyak menggunakan api sederhana. Masukkan 4 sekawan dan daun ketumbar bersama akar ke dalam minyak.

Kacau sehingga naik bau dan minyak menjadi lebih wangi. Setelah itu, keluarkan serta tapis semua bahan tersebut daripada minyak kerana ia hanya digunakan untuk memberikan aroma.

3. Goreng bawang

Dalam minyak yang sama, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang.

Gunakan api perlahan dan kacau secara berterusan sehingga bawang bertukar warna keemasan. Elakkan bawang daripada hangit kerana ia boleh menyebabkan chili oil menjadi pahit.

4. Satukan dengan chili flakes

Apabila bawang sudah keemasan, tutup api.

Tuangkan minyak panas bersama bawang goreng sedikit demi sedikit ke dalam bekas yang mengandungi chili flakes tadi. Gaulkan sehingga semua bahan sebati.

5. Perasakan dan simpan

Rasa terlebih dahulu dan tambah garam atau gula jika perlu.

Biarkan chili oil sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Tips Menghasilkan Chili Oil Yang Sedap:

  • Gunakan api perlahan ketika menggoreng bawang untuk mengelakkan ia hangit.
  • Pastikan bawang hanya berwarna keemasan, bukan coklat gelap.
  • Tuangkan minyak panas secara berperingkat supaya chili flakes tidak hangus.
  • Gunakan bekas yang bersih dan kering bagi memastikan chili oil tahan lebih lama.
  • Simpan dalam bekas kedap udara selepas sejuk sepenuhnya.

Chili oil homemade ini boleh dinikmati bersama bihun sup, dumpling, mi sup, steamboat, sukiyaki dan pelbagai lagi hidangan. Dengan bahan yang ringkas dan langkah penyediaan yang mudah, tidak hairanlah ramai yang mula beralih kepada chili oil buatan sendiri kerana rasanya yang lebih segar dan boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Nadhirah Zulkifli

Baca juga: Ayam Goreng Tak Perlu Banyak Tepung, Cuma Guna Petua Ini Dah Jadi Rangup Memikat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN