Categories: Resipi

Cara Masak Kacang Buncis Berlado Yang Harum & Menyelerakan, Rasa Pedas-Pedas Manja!

Siapa kata sayur kacang buncis membosankan? Kalau kena cara masaknya, sayur yang rangup ini boleh jadi rebutan satu keluarga. Salah satu resipi yang boleh dicuba adalah kacang buncis berlada.

Resipi ini bukan sahaja pedas-pedas manja, tapi dengan gabungan telur hancur dan bau harum belacan menjadikannya lagi menyelerakan. Kombinasi ringkas ini sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja menambah nasi.

Bagi anda yang tercari-cari idea masakan ekspres untuk makan tengah hari atau makan malam, hidangan ini adalah penyelamat. Proses memasaknya pula hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit sahaja.

Baca juga: Resipi Sayur Campur Dengan Tauhu Telur, Ikut Cara Ini Campak-Campak Saja!

RESEPI SAYUR KACANG BUNCIS BERLADA

Bahan-bahan:

  • 1 paket kacang buncis (dihiris serong)
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar kasar:

  • 2 biji cili besar
  • 5 biji cili padi (tambah jika suka lebih pedas)
  • 3 ulas bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar kasar tadi. Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau harum semerbak.’
  2. Masukkan kacang buncis yang telah dibersihkan. Kemudian, pecahkan 2 biji telur di tengah-tengah kuali. Biarkan telur mengeras seketika (set), kemudian hancurkan sedikit dan gaul rata bersama sayur.
  3. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  4. Gaul semua bahan dengan api kuat selama 1-2 minit sahaja supaya kacang buncis kekal rangup dan tidak terlalu lembek. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Sumber: Wiwien Chempaka

Baca juga: Cara Masak Sayur Kailan Udang Kering, Confirm Jadi Lauk Kegemaran Satu Rumah

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago