
Siapa kata sayur kacang buncis membosankan? Kalau kena cara masaknya, sayur yang rangup ini boleh jadi rebutan satu keluarga. Salah satu resipi yang boleh dicuba adalah kacang buncis berlada.
Resipi ini bukan sahaja pedas-pedas manja, tapi dengan gabungan telur hancur dan bau harum belacan menjadikannya lagi menyelerakan. Kombinasi ringkas ini sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja menambah nasi.
Bagi anda yang tercari-cari idea masakan ekspres untuk makan tengah hari atau makan malam, hidangan ini adalah penyelamat. Proses memasaknya pula hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit sahaja.
Baca juga: Resipi Sayur Campur Dengan Tauhu Telur, Ikut Cara Ini Campak-Campak Saja!
RESEPI SAYUR KACANG BUNCIS BERLADA

Bahan-bahan:
- 1 paket kacang buncis (dihiris serong)
- 2 biji telur ayam
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar kasar:
- 2 biji cili besar
- 5 biji cili padi (tambah jika suka lebih pedas)
- 3 ulas bawang kecil
- 5 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar kasar tadi. Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau harum semerbak.’
- Masukkan kacang buncis yang telah dibersihkan. Kemudian, pecahkan 2 biji telur di tengah-tengah kuali. Biarkan telur mengeras seketika (set), kemudian hancurkan sedikit dan gaul rata bersama sayur.
- Masukkan sos tiram dan sos ikan. Tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Gaul semua bahan dengan api kuat selama 1-2 minit sahaja supaya kacang buncis kekal rangup dan tidak terlalu lembek. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Sumber: Wiwien Chempaka
Baca juga: Cara Masak Sayur Kailan Udang Kering, Confirm Jadi Lauk Kegemaran Satu Rumah
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














