resepi sayur campur

Kalau buntu tak tahu nak masak lauk sayur apa, jom cuba resepi sayur goreng campur dengan tauhu telur yang mudah dan sedap ini.

Sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam. Bukan saja sedap, malah hidangan ini cepat disediakan, sihat dan sedap.

Anda juga boleh tambah sayur lain ikut cita rasa, seperti jagung muda atau kobis, supaya hidangan lebih berkhasiat dan mengenyangkan.

Baca juga: Cara Masak Sayur Kailan Udang Kering, Confirm Jadi Lauk Kegemaran Satu Rumah

RESEPI SAYUR CAMPUR DENGAN TAUHU TELUR

Bahan-bahan:

  • Tauhu telur (disalut tepung jagung dan digoreng)
  • Bawang holland (dihiris)
  • Bawang putih (diketuk atau dihiris halus)
  • Brokoli (dipotong kecil)
  • Sos tiram
  • Lada benggala (dihiris)
  • Cendawan butang (dicelur)
  • Garam dan ajinamoto secukup rasa
  • Sedikit air

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland serta bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan cendawan butang yang telah dicelur, kacau sebentar, kemudian tambahkan garam, ajinamoto, sedikit air dan sos tiram. Gaul rata.
  3. Masukkan brokoli dan lada bengala, kacau sekejap sehingga sayur sedikit layu.
  4. Akhir sekali, masukkan tauhu telur yang telah digoreng, kacau sebentar dan tutup api.
  5. Hidangkan panas-panas, sesuai dimakan bersama nasi putih.

Sumber resipi dan gambar: E’llyna Leya

Baca juga: 10 Sayur-Sayuran Yang Tak Boleh Digoreng, No.5 Paling Ramai Suka Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN