sambal udang

Cara masak sambal udang nampak simple tapi kenapa hasil masakan setiap orang rasa tak sama, warna sambal pula ada yang merah dan ada yang hitam?

Sebenarnya, air tangan setiap orang itu berbeza walaupun menggunakan resipi yang sama. Oleh itu, jangan kedekut berkongsikan resipi kepada orang ya. Sudah tertulis setiap rezeki untuk kita.

Seperti perkongsian oleh Puan Hurun’lin Malik di bawah, beliau ada berkongsikan satu resipi sambal udang beserta tips untuk membuat isinya menjadi juicy dan tidak keras sama sekali.

Kalau ada yang mahu belajar, mari ikuti resipi lengkap di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang digunakan serta cara-cara penyediaannya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Sambal Telur Rebus Yang Pekat, Berkilat & Bersalut Cantik!

RESEPI SAMBAL UDANG SEDAP

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 700g udang
  • 3 biji bawang besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 biji bawang potong bulat
  • 1 paket cili boh (250g)
  • 1 buku kecil gula nisan (hiriskan)
  • 1/2 sudu pes asam jawa
  • Garam
  • Minyak

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng dulu udang tapi jangan lama nanti keras, nak bagi juicy-juicy. Bila udang dah masak boleh asingkan udang di pinggan lain.
  2. Guna minyak udang tadi untuk tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan cili boh dan masak sehingga garing. (jika kurang minyak boleh tambahkan lagi sebab nak pastikan cili masak garing)
  4. Jika nak basah2 boleh tambahkan air sikit.
  5. Tambahkan gula nisan dan perasakan dengan garam. Masukkan udang yang dah digoreng tadi dan gaul sebati. Siap!

Kredit resipi dan gambar: Facebook Hurun’lin Malik via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Cara Masak Sambal Sotong Pecah Minyak Elok. Ini Petua Elak Kecut, Berair & Liat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN