resepi ayam kicap mamak

Jika sebelum ini dah biasa masak ayam kicap, kali ini apa kata jom cuba resepi ayam kicap mamak style pula. Orang kata memang lagi padu dari biasa!

Kalau dah pandai buat, tak perlu ke kedai mamak lagi semata untuk makan lauk ini. Confirm lagi puas hati sebab boleh ubai suai rasa mengikut selera masing-masing.

Jom cuba masak menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Encik Khairul Hakimin Muhammad meneusi laman sesawang Facebook miliknya.

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Ayam Masak Bawang Ala Mamak, Suami Makan Bertambah 3 Kali!

RESEPI AYAM KICAP MAMAK STYLE

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 2-3 sudu besar serbuk kunyit
  • Kicap pekat Jalen beberapa sudu
  • Kicap manis Kipas Udang beberapa sudu
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 5 ulas bawang merah dihiris
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • Sedikit gula kabong/gula Melaka
  • Sedikit garam.

Bahan-bahan kisar (kisar dengan air dan tambah sikit dalam 4-5 sudu minyak masak):

  • 15 ulas bawang merah kecil
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 biji cili merah besar
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 sudu kecil biji ketumbar

Cara memasak:

1. Basuh bersih ayam. Masukkan dalam besen biru. Kemudian tabur serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul sebati.

2. Goreng ayam tersebut. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

3. Dalam kuali lain, gunakan sedikit minyak goreng ayam tadi. Panaskan lagi sekali.

4. Tumis bawang merah kecil. Masukkan kayu manis, ketumbar, lada hitam, bunga lawang. Tumis sampai baunya naik.

5. Masukkan bahan tumis tadi dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan juga daun kari.

6. Masukkan kicap sedikit demi sedikit sehingga berwarna hitam. Gaul sebati.

7. Masukkan gula kabong dan garam.

8. Kemudian, masukkan ayam goreng tadi. Kacau lagi sehingga sebati.

Kredit resipi dan gambar: Khairul Hakimin Muhammad

Baca juga: Resipi Ayam Masak Paprik Versi Campak-Campak, Tapi Rasa Padu Macam Kedai Thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN