Kalau pergi Penang memang tak sah kalau tak cuba rojak mee, rasa kuahnya memang lain dari lain. Kuahnya pekat dan memang cukup rasa. Tapi jangan risau sebab korang boleh buat di rumah juga, tak perlu pergi ke kedai dan boleh makan sepuas hati. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
ROJAK MEE
Kalau pergi Penang memang tak sah kalau tak cuba rojak mee, rasa kuahnya memang lain dari lain. Kuahnya pekat dan memang cukup rasa. Tapi jangan risau sebab korang boleh buat di rumah juga, tak perlu pergi ke kedai dan boleh makan sepuas hati. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di Facebook.
BAHAN-BAHAN
BAHAN A (HIASAN)
Tahu putih (goreng dan potong)
Kentang rebus sebiji-sebiji bagi empuk (toskan dan potong)
Telur rebus
Taugeh, lada besar, timun
Mee kuning
BAHAN B (KUAH)
1 paket biskut Marie patah-patahkan
3 biji kentang rebus
Cili kering dan udang kering kisar
3 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu besar tepung jagung
Kredit: SuiSan
CARA PENYEDIAAN
Tumis sedikit minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkn air. Selepas mendidih masukkn kentang yang sudah dikisar.
Masukkan biskut Marie, kacau sehingga biskut hancur.
Masukkn tepungg jagung dan pastikn gula, garam secukup rasa. Siap dan boleh dimakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.