piza homemade

Ada yang teringin nak buat piza homemade. Jom kita follow resipi piza homemade yang paling senang dibuat ini. Cuma ambil masa 25 minit je dah siap. Yang paling penting, panas-panas dah boleh makan.

Memang puas lagi buat di rumah tau berbanding beli kat luar. Lepas itu, dapat buat aktiviti buat piza lagi dengan anak-anak. Memang seronok! Nak buat banyak pun boleh.

Baca juga: Shakshuka Kacang Panggang, Menu Bersahur Sedap Dimakan Bersama Roti Bakar

Base piza kena buat doh dahulu. Bahagian toppingnya pula, boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Bahan wajib adalah pes tomato. Barulah menjadi!

Piza pula terkenal dengan cheese tarik dibahagian atasnya. Cheese juga adalah salah satu bahan tarikkan. Penggemar cheese sangat suka pada piza yang ditabur dengan cheese yang banyak. Tertarik-tarik bila dimakan.

Resipi piza homemade ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Imah Imie. Yang suka makan piza dan rasa nak jimat duit poket tu, bolehlah cuba buat resipi ni. Sangat-sangat berbaloi!


RESIPI PIZA HOMEMADE

piza homemade

Bahan-bahan doh:

  • Air sejuk 250ml
  • Butter/marjerin 40g 
  • Gula 40g
  • Tepung gandum 100g
  • Tepung high protein 400g
  • Bread improver/kfine/shortening 10g
  • Yis 6g / separuh peket

Bahan-bahan topping:

  • Sos pasta traditional/tomato puri
  • Sosej / pepperoni
  • Cili benggala
  • Mozzarella/ cheddar cheese
  • Parmesan cheese
  • Parsley (optional)

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan bahan ikut turutan dimulai dengan bahan cecair kemudian bahan kering dalam breadmaker noxxa.

2. Kemudian, pilih fungsi pizza dough selepas kembang keluarkan angin dan timbang doh 150-200g untuk 1 doh pizza. Saiz loyang 8.

3. Leperkan doh ikut ketebalan yang nak dan cucuk doh tadi untuk buang angin. Letak sos pasta, sosej, capsicum dan akhir sekali cheese.

4. Bakar suhu 170°C kira-kira 25 minit.

5. Siap! Dah boleh dihidang dan makan panas-panas!


Lepas ini sesiapa je yang gemar makan pizza, bolehlah cuba-cuba resipi ni. Makan ramai-ramai dengan keluarga pun seronok.

Semoga resipi piza homemade yang mudah dibuat ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Baca juga: Tortilla Wraps Ala Chicken Foldover Mcd, Guna Roti Gardenia & Daging Burger Je 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN