resepi rendang daging

Hari Raya Aildilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Apa kata jom masak menu istimewa untuk dihidangkan pada pagi raya seperti resepi rendang daging ini, pasti akan dapat sambutan ramai!

Kebanyakan orang akan memasak rendang ayam, jarang sekali terjumpa rendang daging. Sangat enak dimakan bersama pulut, ketupat ataupun lemang.

Jika anda tidak biasa memasak rendang daging, boleh ikuti resipi perkongsian Puan Auni Farhana di bawah. Menurutnya, resipi ini khas untuk yang baru belajar masak sebab hanya guna 6 bahan.

Baca juga: Resipi Rendang Daging Minang Ori Dari Indonesia, Tak Perlu Guna Kerisik!

RESEPI RENDANG DAGING

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Daging potong kecil 500 gram
– Perencah rendang ADABI 1 paket
Perencah ayam goreng berempah MAGGI 1/2 paket
– Santan Kara 1/2 kotak 200ml
– Daun kunyit
Daun limau purut

Cara memasak:

1. Cuci bersih daging dan potong kecil. Tak perlu direbus dahulu.

2. Dalam periuk, gaul daging dengan perencah adabi 1 peket berserta perencah ayam goreng berempah maggi 1/2 peket sampai sebati.

3. Hidupkan api, letak sedikit minyak dan tutup periuk. Biarkan air daging keluar sendiri tanpa perlu tambahkah air.

4. Letakka juga daun kunyit yang sudah hiris halus dan daun limau purut yang dicarik kasar.

5. Apabila air daging kelihatan hampir kering, tuangkan 1/2 kotak santan kara. Gaul seketika dan kembali tutup periuk.

6. Biarkan sehingga daging empuk. Kalau dapat daging yang susah empuk, tambah sedikit air panas dan kembali tutup periuk.

resepi rendang daging

7. Biasanya hanya mengambil masa 40 minit untuk empuk. Namun begitu, ia bergantung pada jenis daging yang digunakan.

resepi rendang daging

Kredit resipi dan gambar: Auni Farhana

Baca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN