Korang yang dah pernah makan 4 Fingers mesti tahu betapa sedapnya ayam goreng diorang sebab sangat rangup dan juicy. Tetapi 4 Fingers ini hanya berada di sesetengah negeri sahaja dan harganya mungkin agak mahal.

Sekiranya di negeri korang masih tiada 4 Fingers tetapi korang teringin sangat nak makan, korang boleh cuba buat sendiri di rumah memang puas makan dan yang penting lebih jimat. Jom cuba resepi ini.

Bahan-bahan ayam

  • 1 kg kepak ayam (potong dua)
  • Garam
  • Lada hitam
  • Sos tiram
  • Mix herbs
  • Tepung jagung

Bahan-bahan sos

  • Bawang putih dicincang
  • Mentega
  • Garam
  • 3 sdb madu
  • Serbuk cili
  • 3 sdb gula perang

CARA PENYEDIAAN

  1. Perapkan ayam bersama garam, lada hitam, sos tiram dan mix herbs. Gaulkannya sehingga sebati.
  2. Celupkan ayam bersama tepung jagung, pastikan ayam disalut penuh bersama tepung jagung.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Pasangkan api sederhana sahaja, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
  4. Selepas selesai goreng ayam separuh masak, gorengkan semula sehingga ia betul-betul garing.
  5. Untuk memasak sos pula tumis bawang putih, sos tiram, gula perang dan mentega sehingga naik bau.
  6. Masukkan madu dan serbuk cili. Gaul sebati ayam bersama sos tadi.

Sumber: Aznida Aziz 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN