Categories: Resipi

Rahsia Buat Rempeyek Kacang Dal Rangup, Makan Sekeping Mesti Nak Lagi!

Rempeyek kacang dal antara kudapan kegemaran ramai bila tiba musim perayaan. Rasanya yang rangup dan penuh rempah memang buat kita tak sedar asyik mengunyah. Tahu-tahu saja, dah tinggal separuh balang!

Kalau ada yang nak cuba buat sendiri, anda boleh pelbagaikan bahan seperti guna kacang dhal, kacang tanah atau kacang hijau. Masing-masing ada rasa yang unik dan keenakan tersendiri.

Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!

RESEPI REMPEYEK KACANG DAL

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung beras
  • 2 biji telur
  • 5 cawan santan
  • 250 gram ikan bilis (dibersihkan dan tos kering)
  • 400 gram kacang dal (rendam semalaman)
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil air kapur (untuk kerangupan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Rendam kacang dal semalaman supaya ia menjadi lebih lembut dan mudah dimasak semasa menggoreng. Toskan dan ketepikan.
  2. Sangai (goreng tanpa minyak) ketumbar, jintan manis dan jintan putih seketika hingga naik bau. Kemudian kisar halus bersama bawang putih dan kunyit hidup.
  3. Dalam mangkuk besar, satukan tepung beras, telur, santan, bahan kisar tadi, air kapur dan garam. Kacau sebati hingga membentuk adunan yang tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  4. Masukkan ikan bilis dan kacang dal ke dalam adunan. Gaul rata.
  5. Panaskan minyak dalam kuali yang dalam. Bila minyak cukup panas, cedok adunan rempeyek menggunakan senduk atau sudu kecil dan tuangkan ke tepi kuali perlahan-lahan. Pastikan minyak cukup banyak untuk merendam rempeyek.
  6. Goreng dengan api sederhana hingga rempeyek garing dan kekuningan. Angkat dan toskan minyak di atas tisu dapur.
  7. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.

Tips:

  • Jika ingin variasi, anda boleh gantikan kacang dal dengan kacang tanah yang telah dibuang kulit dan dibelah dua.
  • Untuk hasil lebih rangup, pastikan adunan tidak terlalu cair dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

Sumber: Heliza Jeran

Baca juga: Petua Kacang Tanah Yang Rangup & Wangi, Rupanya Kena Goreng Ikut Cara Ini!

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago